SAYA TAK KISAH SOAL LETIH HADIR PROGRAM MEMBARA JALINAN WANITA ASALKAN DAPAT ILMU..DAKWA SALEENA

OLEH: SAIMON S JUMADI
FOTO: APEK ANSUKOI




















SOAL LETIH TAK KISAH....Hadir program asalkan dapat ilmu dakwa saleena yang namanya kini sedang meningkat naik dipersada dunia politik tanah air


SANDAKAN:- Sehari suntuk mengikuti program Membara Jalinan Wanita anjuran Pergerakan Wanita Bahagian UMNO Sandakan dengan kerjasama JASA Bahagian Sandakan yang diadakan di Hotel Ibis Water Front di sini pagi tadi walaupun terasa keletihan sedikit namum bagi saya soal penat saya tak ambil kisah sangat.

Kenapa saya kata begitu saya  tak kisah sangat soal keletihan itu sebab  bila  saya duduk sambil mendengar  bebarapa ceramah  yang telah disampaikan oleh beberapa penceramah daripada pihak-pihak tertentu mengenai pelbagai sudut aspek sedikit  sebanyak saya dapat  menimba ilmu jadi berbaloilah  dengan kehadiran saya sehari suntuk itu.
Demikian dijelaskan sendiri oleh Ketua Wanita Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) Tanjung Papat  Saleena Titi (gambar) yang namanya kini sedang meningkat naik dipersada dunia  politik tanah air kepada Wartawan Kanan The Sabah Insider.Net sejurus selepas menghadiri program ini.

Saleena sambil mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi Penganjur program tersebut iaitu Noraini Sulong atas kesudian menjemputnya hadir ke program yang bermenfaat itu.

“Tidak sia-sia saya  membuang masa untuk hadir selain saya mendapat sedikit ilmu mengikuti program ini tapi saya dapat ramai kenalan lebih rapat dengan  ahli-ahli UMNO dan rakan-rakan parti komponen BN  yang lainnya  sama ada dari LDP.Gerakan, MIC dan MCA” Ujarnya.

No comments:

Post a Comment