SAMBUTAN HARI KELUARGA 1MALASIA ANJURAN MPWK P186 SANDAKAN DAPAT SAMBUTAN LUAR BIASA

OLEH: SHAIMON S JUMADI


SANDAKAN:- Sambutan Hari Keluarga 1 Malaysia 2014 anjuran  Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarha (MPWK)  P.186 Sandakan yang buat pertama kalinya diadakan daerah ini  mendapat  sambutan luar biasa.

Majlis yang diadakan di Ballroom Hotel Ibis Water Front itu telah dihadiri seramai 120 orang yang terdiri daripada ahli-ahli parti komponen BN yang berbilang kaum  yang memabawa keluarga masing masing tidak ketinggalan turut hadir Ketua Wanita Parti Bersatu Sabah (PBS) Bahagian Tanjung Papat Saleena Titi.

Selain acara diserikan dengan persembahan nyanyian Karaoke, dan persembahan tarian tradisional  turut juga  diselitkan tazkira yang bertajuk Keluarga Bahagia yang disampaikan penceramah daripada USIA Sandakan Haji Omar Awang Japar, disamping itu ceramah peluang pernigaan mengenai pelaburan saham daripada Koperasi Permodalan Lancar Sabah Bhd yang disampai oleh Pengerusinya Mohd Fairul Hj ABM Fajeer.

Dalam ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK) Sandakan Noraini Sulung antara lain menjelaskan program Hari Keluarga 1 Malaysia disambut ia  merupakan program mengutama keluara untuk mengeratkan hubungan institusi kekeluargaan disamping untuk   memepuk nilai-nilai murni  dalam kalangan ahli keluarga dan masyarakat setempat.

Kata Noraini program ini dilaksanakan bagi melambangkan dan menghargai kasih sayang antara satu sama lain, baik di peringkat keluarga komuniti setempat mahupun masyarakat keseluruhan.


“Sepanjang program  hari ini adalah berpaksikan Mengiratkan ikatan keluargaan antara ahli keluarga dan masyarakat dan melalui aktiviti-aktiviti yang  berteraskan pemupukan nilai-nilai murni.
Disamping meningkatkan pemahaman tentang peranan dan tanggungjawab terhadap ahli keluarga yang lain dan mewujudkan komunikasi yang efektif,persefahaman dan sikap tolak ansur antara ahli keluar” tambah Noraini

Selanjutnya Noraini mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli-ahli jawatankuasa kerana memberikan kerjamasa hingga berjaya mendapat menganjur dalam proram itu.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Pegawai kemajuan Masyarakat (CDO) kawasan Elopura  Mohd Abdul Hamid Hj Utong yang mewakili Ketua Bahagian UMNO Sandakan Tan Sri Hj Ampong Hj Puyon yang  tidak hadir kerana beliau berada diluar kawasan.

Dalam uacapan perasmian CDO memuji atas kesungguhan dan inisiatif pihak MPWK P186 Sandakan kerana dapat menganjurkan program sambutan Hari Keluarga 1Malaysia 2014 peringkat daerah Sandakan dengan penuh bermakna  ini dengan jayanya.

Sementara Ketua Wanita PBS Bahagian Tanjung Papat Saleena Titi yang sempat diwawancara menyifatkan  sambutan Hari Keluarga kelurga 2014 yang dianjurkan oleh MPWK yang diterajui kepimpinan Noraini Sulong  telah menampakan banyak membawa menfaatnya kerana melalui instutisi kekeluargaan ia menjurus keakrapan talian keluarga yang bahagia.



No comments:

Post a Comment