SALEENA DAN BAGI PIHAK AHLI-AHLI PARTI KOMPOMEN BN LAINNYA PUJI ANISIATIF NORAINI SULONG ANJUR HARi KELUARGA 2014

OLEH: SAIMON S JUMADI

SANDAKAN:-   Ketua Wanita Parti Bersatu Sabah (PBS) Bahagian  Tanjung Papat Saleena Titi  (gambar) menyifatkan sambutan Hari Keluarga 2014 yang dianjurkan Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga P.186 Sandakan  khsusnya di bawah Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat yang akan diadakan pada 11hb Oktober ini di Hotel Ibis Water Front dekat sini satu tindakan positif dan kena pada tempatnya ia perlu disokong oleh semua pihak.

Saleena berkata demikian ketika diminta pandangan dan pendapatnya tentang majlis sambutan Hari Kelurga yang julung-julung kali  diadakan didaerah Sandakan ini sangat bermakna kerana ia merupakan  penyatuan untuk kaum keluarga setempat bagi  menjalinkan suasana  kemesraan antara kekeluargaan  terdekat.

“Inisiatif dan daya usaha yang dijalankan oleh Puan Noraini Sulong selaku Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan keluarga  (MPWK) menganjurkan majlis tersebut harus mendapat pujian dan sanjungan tinggi” kata Saleena kepada krew Sabah Insider.Net.

“Kami sesungguhnya  amat teruja dan berterima kasih kepada beliau (Noraini) kerana kami daripda parti-parti komponen BN  turut dijemput untuk menganggotai jawatankyasa MPWK Sandakan dan segala pengorbanannya yang dicurahkan  untuk membangunkan mengenai  hal ehwal  wanita sangat dihargai” Ujarnya lagi.

“Sekali lagi  saya tegaskan di sini  kami ahli-ahli komponenan BN akan sentiasa menyokong apa jua program-program yang akan dilaksanaan mahupun yang sudah terancang tetap kami sokong sepenuhnya dan kami sentiasa memberi bantuan sama ada dari segi tenaga mahu dari segi buah fikiran untuk sama-sama membangungkan dan memajukan jawatankuasa MPWK ini ” tambahnya.



No comments:

Post a Comment