PRESIDEN DAN PENGERUSI KPBNSDK SUDAH TIDAK SEHALUAN LEBIH BAIK BUBAR PILIH AJK BARU


OLEH: THOSMAS SUNGGIUK

KOTA KINABALU:- Setiausaha Kelab Penyokong BN Sabah  Kerajaan Daerah Sandakan   Sahidah Hj Mohd Said (gambar) mendesak kepada Presisiden KPBNSDK Datuk Mohd Jeffry Rosman supaya membubarkan  dengan seberapa segera jawatankuasa induk yang ada sekarang.
Katanya desakan itu dibuat ekoran bahawa  kedudukan KPBNSDK sekarang tidak stabil  kerana kini sedang berdepan dengan kemelut dan bergeseran antara Presiden dan Pengerusi Daerah KPBNSDK yang semakin meruncingkan.

Saya telah difahamkan  oleh ROS  bahawa di Sandakan belum lagi mempunyai cawangan  mahupun bahagian kerana didalam perlembagaan seperti yang tercatat di Sijil Pendaftaran yang dikeluarkan oleh pihak Pendaftaran Pertubuhan Malaysia  (ROS) KPBNSDK ini yang untuk di daerah Tawau sahaja dan tidak melibatkan daerah Sandakan” kataya kepada Sabah Insider.Net

“Kami tahu  ini sudah menyalahi undang -undang bertubuhan kerana sesebuah pertubuhan atau kelab yang tidak didaftar dan tidak mempunyai sijil pertandaftaran daripada ROS ini jelas KPBNSDK daerah Sandakan tidak sah” katanya lagi.

Katanya bergeseran antara Presiden dengan Pengerusi KPBNSDK ini yang kini semakin  hangat ada baiknya ia diselesaikan dengan  cara baik duduk sama-sama bawa berunding dengan seelok-elok agar perkara ini tidak sampai ke balai Polis seterusnya hingga kemahkamah nanti susah jadinya.

“Ataupun bubar saja adakan kemesyuarat tergempar untuk membuat pemilihan  semula jawatan baru daripada jawatan Presiden sehingga ke Ahli Jawatankuasanya ini saja jalan tebaik untuk meredahkan  ketegangan yang tiada kesudahannya ini” ujarnya.

“Satu perkara lagi yang saya ingin dedahkan kenapa ada cawangan baru KPBNSDK di cawangan Taman Mesra penubuhan cawangan Kelab ini kamipun  langsung  tidak dimaklumkan sepatutnya apa saja cawangan KPBNSDK yang hendak ditubuhkan seharusnya melalui proses  KPBNSDK daerah Sandakan  dulu ini pula telah membelakangkan pihak  kami.” Tegasnya.




No comments:

Post a Comment