PENAT IKUTI KURSUS JAHITAN SULAMAN MANIK-MANIK TAPI BERBALOI KERANA DAPAT ILMU...KATA SALEENA



CORETAN DARI MEJA
SAIMON S JUMADI &
SALEENA TITI







SEHARIAN suntuk mengikuti  kursus  Kraft Kreatif Jahitan Sulaman Manik yang diadakan bermula dari jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 5.00 petang di Serambi Masjid Janatun Naim Sri Taman walaupun  penat tetapi berbaloi kerana dapat mencedok  sedikit ilmu yang amat beguna setiap peserta yang mengikuti program ini yang julung-julung diadakan.

Kursus Kraft Kreatif Jahitan Sulaman  Manik anjuran Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK) P186 Sandakan yang dikelolahkan oleh Pengerusi MPWK Sandakan Puan Noraini Sulong mendapat sambutan yang amat menggalakan seramai 40 orang peserta adalah  terdiri di kalangan wanita yang bergelar ibu.

“Saya dan teman-teman lain sebagai peserta kursus itu adalah buat pertama kalinya menyertai program sebegini rupa kami ditunjuk ajar bagaimana menjahit manik manik di sehelai kain yang disediakan oleh seorang guru kreatif Puan Anne Sidik Tenaga Pengajar  Sulaman Manik daripada Institute  Kemahiran Malaysia.



“Pada mulanya memang sukar untuk menjahit manik-manik diatas sehelai kain pertama seseorang itu harus mempunyai penglihatan mata yang terang kerana untuk menusuk benang kelubang jarum terlalu kecil lubangnya  kemudian tusuk kelubang manik-manik .

Untuk menghasilkan  jahitan sulaman manik-manik  bukan semudah itu yang kita fikirkan, kita mesti mempunyai daya kesabaran, cekal hati dan ketekunan kerana ambil masa  yang panjang juga” terang Saleena kepada Wartawan kanan The Sabah Insider.Net sejurus selepas mengikut kursus tersebut
 
Saleena Titi yang memegang jawatan dalam Parti Komponan BN selaku Ketua Wanita Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) Kawasan Tanjug Papat  berterima kasih kepada Puan Noraini Sulong kerana memberi peluang mengikuti program tersebut yang dianggap sebagai menimba  ilmu berguna kepada dirinya kerana selama ini Saleena belum  pernah mengikuti kursus seumpama ini.

Sementara Noraini Sulong yang sempat ditemui antara lain menjelakan tujuan dan objektif mengadakan program  adalah untuk membantu para kaum ibu bagi mempelajari selok belok tentang kreatif hasil kerja tangan iaitu menjahit sulaman manik-manik sama ada dibaju ataupun ditudung ataupun ditempat-tempat lain yang difikirkan.

"Ini juga bila mereka sudah pandai menjahit sulaman manik itu, boleh menghasilkan   saru-satu produk  hasil kerja tangan  sendiri ia boleh dipasarkan untuk jual kepada orang ramai dan secara tidak langsung boleh menjana ekonomi pendapatan yang agak lumayan" ujar Noraini.


No comments:

Post a Comment