PEMILIHAN NORAINI SULONG SEBAGAI PENGERUSI MPWK PARLIMEN SANDAKAN MEMANG TEPAT SEKALI.....KATA SALEENA


OLEH: SAIMON S JUMADI

SANDAKAN:- Sambutan Hari Keluarga 2014 yang bakal diadakan di sebuah hotel disini nanti anjuran Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarg (MPWK) P186 Sandakan pada 11hb Oktober ini ia banyak membawa makna yang sebenar.

Syabas diucapkan   kepada Pengerusi MPWK P.186 Sandakan Puan Noraini Sulong  yang begitu prihatin dan mempunyai daya inisiatif menganjurkan sambutan hari keluarga yang banyak membawa erti sebenar dalam kehidupan kekeluargaan bagi menceriakan suasana keluarga masing-masing.

Katanya pemilihan Noraini Sulong  sebagai Pengerusi Majlis Pembangnan Wanita dan Keluarga (MPWK) bagi kawasan parlimen Sandakan memang tepat  sekali dan bersesuaian kerana Noraini adalah seorang Wanita yang paling aktif.

Selain beliau (Noraini) menjawat-jawatan Ketua Wanita UMNO Bahagian Sandakan beliau juga adalah penyandang sebagai Pengerusi  Biro Hal Ehwal Wanita PEMADAM  daerah Sandakan yang tidak kurang aktifnya dan selain itu Noraini memegang jawatan Pengerusi Pembangunan Koperasi Wanita daerah Sandakan.



“Saya sebagai Ketua Wanita Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) Tanjung Papat akan sentiasa memberikan sokongan padu terhadap kepimpinan Noraini sebagai Pengerusi MPWK P186 Sandakan dan  apa saja aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan saya akan sentiasa bersama beliau” ujar  Saleena Titi kepada wartawan The Sabah Insder.Net

No comments:

Post a Comment