MPWK P186 SANDAKAN ANJURAN PROGRAM WAJA DAN PERTANDINGAN KRAFTANGAN 25 DAN 26 OKTOBER INI


OLEH: SAIMON S JUMADI

SANDAKAN:- Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK) P186 Sandakan akan mengandakan dua program dua hari berturut-turut pada 25hb dan 26 Oktober 2014 bertempat di Dewan Masyarakat Sandakan.               

Program pertama ialah  Wanita Anti Jenayah (WAJA)  akan mulakan pada jam 9.00 pagi hingga 130 petang  ianya terbuka kepada penduduk setempat terutama kaum wanita dan program kedua ialah Partandingan Krafttangan ia terbuka untuk seramai 30 orang peserta sahaja.

Pengerusi MPWK Sandakan Noraini Sulong berkata tujuan mengadakan kedua-dua program itu program pertama untuk memberi        pendedahan  tentang kegiatan jenayah yang sering berdepan dan menimpa kepada kaum wanita dan program kedua untuk bancongkil bakat-bakat masyarakat setempat untuk membuat produk tempatan

Orang  ramai khususnya yang tinggal  sekitar daerah Sandakan  yang ingin menyertai pertandingan kraftangan  adalah jemput hadir untuk mendaftaran diri  sebelumjam 8.30 pagi pada tarikh  26hb Oktober ini diruang dewan berkenaan.


No comments:

Post a Comment