MP SANDAKAN KATA NEGERI SABAH TERTINGGAL ASPEK PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR WALAUPUN DAH MEREKA 51 TAHUN

By Admin
Ucapan Perbahasan oleh
Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong Tien Fatt
ke atas Rang Undang-undang Pembekalan 2015 dalam peringkat dasar:



DALAM perbahasan rang undang-undang Pembekalan 2015 Ahli Parlimen Sandaan (DAP) Stephen Wong telah menyentuh beberapa perkara iaitu mengenai 1 pembangunan 2. Kedua  mengenai RCI dan 3. Mengenai ekonomi iaitu pelaksanaan  dan dasar GST di Sabah

Berikut teks ucapan beliau yang dibentangkan semasa sesi sidang dewan parlimen baru-baru ini.

 Tuan yang dipertua, saya juga ingin menyentuh sikit perkara situasi ekonomi di negeri Sabah. Saya telah banyak kali sebut dalam dewan ini bahawa Sabah merupakan satu negeri yang mempunyai banyak sumber asli seperti minyak, gas asli, minyak sawit dan sebagainya tetapi sudah 51 tahun Malaysia ditubuhkan Sabah masih dalam tahap kemiskinan


. Tidak dapat dinafikan bahawa Sabah merupakan satu negeri yang sangat penting bagi Malaysia dan telah memberi sumbangan dari segi sumber asli dan hasil dalam negeri yang tinggi kepada kerajaan persekutuan. Dan kami mendapati bahawa walaupun Sabah telah memberi sumbangan yang besar kepada pusat malah peruntukan dari kerajaan persekutuan masih tidak seimbang kepada Sabah dan menjadikan Sabah mengalami banyak masalah yang fundamental.


. Tuan yang dipertua, saya ingin menerangkan di dewan yang mulia ini bahawa Sabah masih mengalami kesusahan seperti tiada bekalan air dalam kampung-kampung sejak pertubuhan negara, tiada bekalan elektrik, malahan gangguan elektrik sentiasa berlaku di bandar yang menyebabkan kerugian kedai dan industry, jalanraya yang rosak dan juga tiada jalan di dalam pendalaman untuk anak kampung pergi ke sekolah. Ini semua telah terjadi dalam Sabah dan sudah lama pun tidak dapat diselesaikan.
 
. Seperti baru-baru ini saya telah mengunjungi kawasan Pitas dan membantu kampung-kampung dalam Pitas dengan memberi sumbangan wang kepada mereka untuk membina jalan yang berhubung dengan pekan berdekatan. Saya diberitahu bahawa kerajaan telah berjanji kepada mereka bahawa jalan tersebut akan dibina pada tahun 1999, sehingga kini telah 15 tahun limpas malah kerajaan telah berbohong selama 15 tahun, sehingga orang kampung kini melancarkan kempen dermaan untuk membina jalan mereka sendiri.

. Tuan yang dipertua, bukankah pembinaan jalan kepada kampung adalah wajib dan tanggungjawab kerajaan? Sama juga membekalkan air dan elektrik merupakan satu kewajiban kerajaan yang paling asas?Kenapa ada kampung-kampung di Sabah sampai hari ini pun tidak menikmati hak-hak yang asas yang sepatutnya dibekalkan oleh kerajaan? Ini menunjukkan kegagalan kerajaan yang haruslah diperbaikkan!

. Selain itu, orang Sabah juga mengalami satu kesusahan seperti pendapatan yang rendah tapi harga barangan yang lebih tinggai berbanding Semenanjung. Ini adalah kerana dasar kabotaj telah menyebabkan tidak adil dan tidak seimbang bagi Sabah, Sabah terpaksa membeli barangan yang lebih mahal kerana dasar kabotaj telah mengehadkan penghantaran barangan dari luar negara ke Sabah.

. Kini polisi kabotaj ini telah dijalankan di Sabah selama 30 tahun lebih, maka ia telah menyebabkan kesusahan rakyat Sabah selama 30 tahun dan meningkatkan harga barangan yang lebih mahal daripada Semenanjung. Bagi saya, ini adalah satu dasar mengekploitasikan orang Sabah! Jangan demi beberapa pekapal yang tertentu, korbankan seluruh rakyat sabah. Ini langsung tidak masuk akal!

. Saya ingin tahu mahu sampai bila baru kerajaan sedar rakyat Sabah berhidup di bawah kesengsaraan? Di samping itu, saya juga ingin tahu apakah status cadangan YAB Timbalan Perdana Menteri yang telah berjanji untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas cabinet untuk meneliti dan mengkaji semula dasar kabotaj pada tahun 2012.Adakah janji itu telah dicapati?Mengapa Block Exemption Order telah disambung 3 tahun lagi kepada pekapal-pekapal yang tertentu?Saya minta penjelasan.



. Tuan yang dipertua, oleh kerana harga barangan yang lebih tinggi di Sabah, maka Sabahan akan membayar GST yang lebih tinggi berbanding dengan Semenanjung, ini telah menyebabkan sistem cukai ini yang tidak adil kepada orang Sabah dan juga mengekploitasikan Sabah yang kini sudah jatuh ditimpa tangga. 

. Saya harap kementerian kewanganakan memper-timbangkan mengurangkan kadar cukai GST yang dilaksanakan di Sabah atau menundakan perlaksanaan GST di Sabah. Kerajaan haruslah menumpukan perhatian untuk mengatasi masalah yang paling asas di Sabah iaitu mansuhkan dasar kabotaj dan membasmikan kemiskinan rakyat Sabah.

. Jika kerajaan belum lagi mengatasi dua-dua masalah di Sabah maka orang Sabah akan mengalami kesusahan yang lebih sengsara apabila GST dilaksanakan. Ini tentu akan menyebabkan ketidaksamarataan antara golongan kaya dan miskin, maka ketidaksamarataan antara timur dan barat Malaysia akan diperluaskan.

 Saya harap kerajaan akan ambil maklum apa yang telah saya sebut tadi. Tuan yang dipertua, Sebelum saya mengakhiri, saya ingin tegaskan sekali lagi di sini bahawa saya harap laporan RCI hendaklah diumumkan sebelum penutupan sesi parlimen ini dan saya harap parlimen akan memberi laluan untuk membahaskan laporan tersebut.


Tuan yang dipertua,
Sekian, terima kasih



No comments:

Post a Comment