LEBIH 60 RUMAH MUSNAH DIJILAT API DALAM TRAGEDI KEBAKARAN DI KAMPUNG KARAMUNTING.


OLEH: SHAIMON S JUMADI

KARAMUNTING:- Lebih 60 buah rumah kayu di Kampung Karamunting musnah dijilat api dalam tragedy  kebakaran  petang tadi.

Menurut saksi kebakaran bermula dari sebuah rumah berhampiran dengan jalanraya  kira-kira jam 3.40 petang tetapi disebabkan angin kencang maka api begitu cepat merebak dari satu rumah kesatu rumah.

Tiga buah bomba turut berada di tempat kejadian nampaknya sia-sia saja kerana gagal dan  tidak dapat memadamkan api yang cukup besar itu satu sebab lagi pihak bomba telah kehabisan air.

Turut berada di tempat tragedy itu ialah Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen Thau Lin, Pegawai Kebajikan Masyarakat Kasrin, dan Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong, para pemimpin PAS,PKR, SAPP dan tidak ketinggalan Ketua Wanita Bahagian UMNO Batu Sapi Puan Rahimah Asrah.

Punca kebakaran belum diketahui dan anggaran taksiran kerugian masih dalam penyiasatan pihak Bomba


Menurut mereka ini adalah kebakaran yang ketiga kali menimpa kampung itu.



No comments:

Post a Comment