KETUA WANITA PBS TG PAPAT DAN KETUA WANITA UMNO SANDAKAN UCAPKAN TAKZIAH KEPADA MANGSA KEBAKARAN DI KARAMUNTING


OLEH: SHAIMON S JUMADI

TANJUNG PAPAT:- Ketua Wanita Parti Bersatu Sabah (PBS)  Puan Saleena Titi  (gambar) mengucapkan takziah kepada mangsa-mangsa kebakaran di Kampung Karamunting Baru di mana rumah-rumah mereka musnah djilat api petang kelmarin.

Diharap semua mangsa berkenaan supaya bertenang dan bersabar mungkin tragedi yang menimpa ini ada hikmah disebaliknya.

Katanya salah seorang Ahli PBS Bahagian Tanjung Papat yang menjawat-jawatan sebagai Penolong Bendahari Bahagian yang dikenali Apek Ansukoi  tinggal sehelai sepinggang  kerana rumahnya turut musnah dijilat  api dan diharap Ketua Bahagian PBS Tg Papat agar dapat menghulurkan  bantuan kepadanya untuk meringankan sedikit   beban yang ditanggung.

Kebakaran yang berlaku pada 3.30 petang itu telah memusnahkan lebih 60 buah rumah  walaupun semasa kejadian tersebut tiga buah bomba berada  situ tetapi gagal untuk memadamkan api kerana dengan tiupan angin kencang  maka api begitu  cepat membesar dengan pantas merebak kelain-lain rumah yang berdekatan.



“Saya  mewakili Wanita PBS Tanjung Papat mengucapkan takziah kepada mangsa-mangsa kebakaran agar bersabar ini menghadapi musibbah ini semuanya ada hikmah disebalik kejadian itu” ujarnya.

Sementara Ketua Wanita UMNO Bahagian Sandakan Noraini Sulong (gambar)  turut simpati terhadap nasib yang menimpa kepada mangsa kebakaran itu dan supaya bersabar menerima dugaan  ini dan sambil mengucapkan salam takziah kepada mangsa-mengsa tragedy tersebut.
 


Manakala Ketua Wanita UMNO Bahagian Batu Sapi Rahima Asra dalam kenyataan bahawa AJK Wanitanya akan membentuk satu Jawatankuasa untuk menyalurkan pelbagai bentuan kepada mangsa-mangsa berkenan

No comments:

Post a Comment