KAWASAN PENAMPANG BUAT PERTAMA KALINYA DILANDA BANJIR


OLEH: THOMAS SUNGGIUK


PENAMPANG:- Ekoran hujan lebat berpanjangan yang melanda di Kota Kinabalu sejak kelmarin  beberapa kawasan telah dilanda banjir sedalam 3 meter.

Antaranya salah satu kawasan yang turut dilanda banjir  ia kawasan Penampang  di mana bangunan sekolah Tadika dan Pejabat Pocos turut ditenggelami air.

Menurut beberapa penduduk yang sempat ditemui oleh The Sabah Insider.Net kejadian seumpama ini adalah pertama kalinya berlaku di kawasan Penampang.



Kawasan pekan Donggonggon juga telah dilanda  lanjir dan banyak kawasan-kawasan dipersekitaran ditenggelami air.

Ini sebenarnya adalah berpunca daripada saliran longkang yang tidak pernah diselanggarakan oleh pihak Majlis Daerah Penampang jadi bila hujang tidak sampai satu kawasan-kawasan rendah mudah dilanda banjir kilat.

4 comments: