KANAK-KANAK PERLU DISEMAI AGAR MEREKA MEMPUNYAI JATI DIRI DAN NILAI-NILAI MURNI....KATA NORAINI

OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN: Program Damai- Dadah Musnahkan Akal dan Iman anjuran Biro Hal Ehwal Wanita PEMADAM Daerah Sandakan yang diadakan di Sekolah Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA) KEMAS Kampung Cahaya Baru dekat sini pagi tadi dapat sambutan.

Pengerusi Biro Hal Ehwal Wanita PEMADAM Daerah Sandakan Noraini Sulong berkata tujuan menganjurkan program Dadah Musnahkan Akal dan Iman adalah untuk mendedahkan sebanyak sidikit tentang penyalahgunaan najis dadah di kalangan belia-belia dan
orang-orang dewasa disekeliling.

Kata Pemadam ditubuhkan adalah untuk membantu kepada kerajaan khususnya pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dalam memerangi pengambilan dadah di kalangan masyarakat.

Haji Abdul Wahab Hj Alpa daripada PEMADAM Daerah Sandakan telah dijemput untuk memberikan ceramahnya mengenai penyalahgunaan Janis dadah.

 
Pada masa yang sama tempat yang sama Pergerakan Wanta Bahagian UMNO Sandakan telah menganjurkan pertandingan Melukis yang bertemakan Program Merdeka Disini Lahirnya Sebuah Cinta.
Seramai lebih 50 orang kanak-kanak TABIKA telah menyertai pertandngan tersebut.
Ketua Wanita UMNO Bahagian Sandakan Noraini Sulong dalam ucapannya antara lain berkata kalau hendak melentur buluh biar dari rebungnya sama lagi juga kalau hendak mengasuh atau mendidik kanak-kanak biarlah dari kecil lagi.


“Anak-anak ini diibaratkan sehelai kain putih kalau ia dicorak warna merah jadinya merah kalau ia dicorak hitam makanya jadi hitam begitulah kalau ibubapa mengajar anak baik jadinya baik kalau ibubapanya mengajar anak-anaknya jadi bajingan maka anak-anak jadinya bajingan ujar Noraini.

Katanya anak-anak perlu dididik semai  dalam menanam semangat jati diri dan nilai-nilai murni agar bila dewasa nanti mereka jadi orang-orang yang berguna kepada bangsa dan negara.






No comments:

Post a Comment