JAWATANKUASA BENCANA ALAM SIAP SEDIA HADAPI BANJIR....ARAH KETUA MENTERI SABAH

OLEH: THOMAS SUNGGIUK

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman mengarahkan semua agensi berkaitan untuk terus memantau keadaan di negeri itu, bagi menghadapi sebarang kemungkinan berikutan hujan lebat berterusan di Sabah, khususnya kawasan pantai barat.
Beliau mahu agensi berkaitan bertindak segera, sekiranya berlaku bencana seperti banjir dan tanah runtuh.
“Jawatankuasa Bencana Alam pada semua peringkat juga hendaklah sentiasa bersiap sedia, bagi menghadapi sebarang kemungkinan di kawasan masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Musa yang juga Pengerusi Majlis Keselamatan Negeri Sabah turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan menjaga keselamatan diri, keluarga dan harta benda, bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.
Beliau meminta orang ramai berhati-hati dalam menghadapi keadaan cuaca ketika ini.
Katanya ekoran hujan  lebat beberapa kawasan di Kota Kinabalu banyak tempat dilanda banjir.



No comments:

Post a Comment