HARI KELUARGA 2014 ANJURAN MPWK P186 SANDAKAN AKAN DIADAKAN PADA 11 OKTOBER INI


OLEH: SAIMON S JUMADI

SANDAKAN:-Mesyuarat Ahli Jawatankuasa  Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK) Kawasan P.186 Sandakan bagi kali ke 3 yang diadakan di Restoran Faces Club di Pasar Raya  dekat sini petang tadi berjalan lancar.

Mesyuarat  yang bermula dari jam 2.40 hingga jam 4.45 pm  telah dipengerusi oleh Noraini Sulong yang juga selaku Pengerusi PMWK P186 Sandakan dan telah membincangkan mengenai persiapan Sambutan Hari Keluarga yang akan diadakan  disebuah Hotel Ibis Waterfront Sandakan pada 11hb Oktober ini.


Program yang akan dimulakan pada jam 8.00 pagi hingga jam 1.30 pm sebagai pengisian  program tersebut antaranya persembahan tarian tradisonal dan nyanyian karaokey.

Ketua Bahagian UMNO Sandakan Tan Sri Hj Ampong KK Hj Puyon dijangka akan menyempurnakan  majlis tersebut.


Turut hadir pada Mesyuarat pembentukan Ahli Jawatankuasa Pelaksana Majlis Sambutan Hari keluarga 2014 itu antaranya Saleena Titi Ketua Wanita PBS Bahagian Tanjung Papat, Lily Chung Ketua Wanita LDP Sandakan, Lily Aw Ketua Wanita Gerakan Sandakan dan ahli-ahli NGO yang lainnya.

No comments:

Post a Comment