APEK TERIMA BANTUAN BERUPA BARANGAN ELEKTRIK DARIPADA KETUA BAHAGIAN PBS SHIRLEY CHIEN


OLEH: SALEENATITI
FOTO: SAIMON S JUMADI


SANDAKAN:- Atas dasar simpati dan prihatin  Ketua Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) kawasan Tang Papat Puan Shirley Chien terhadap seorang ahli  Bahagiannya yang ditimpa bencana di mana rumahnya  habis musnah dalam tragegi kebakaran di Kampung  Karamunting baru-baru ini telah menerima  bantuan  berupa barangan elektrik dan dapur gas daripada Chirley Chein petang tadi.

Mangsa yang dikenali Apek  bin Asnukoi yang menyandang jawatan Penolong Bendahari Bahagian parti itu  telah menerima  sumbangan tersebut daripada Shirley Chien  disaksi sendiri oleh Ketua Wanita Bahagian PBS Tanjung Papat Saleena Titi dan Setiausaha Bahagian PBS Hj Adanan Yahya.

Shirley yang ditemui oleh Krew The Sabah Insider.Net  antara lain menjelaskan tujuan untuk memberikan sumbangan tersebut adalah sebahagian tanggungjawab kita sebagai pemimpin politik kanan  khususnya parti PBS untuk menghulurkan apa saja bantuan  kepada ahli-ahlinya yang ditimpa musibbah tanpa mengira warna kulit bangsa dan agama untuk meringankan beban mereka.


“Ini juga sebahagian menyahut seruan kerajaan BN agar para pemimpin kanan mana-mana parti komponen BN khususnya PBS agar sentiasa menghulurkan bantuan kepada ahli-ahli yang memerlukan” ujarnya.








No comments:

Post a Comment