AHLI PARLIMEN SANDAKAN HULUR SUMBANGAN KEPADA MANGSA-MANGSA KEBAKARAN KG PUKAT

OLEH: SAIMON S JUMADI

SAMDAKAN:- Walaupun  tempat tragedi kebakaran yang berlaku di Kampung Pukat Tanah Merah baru-baru ini bukan di bawahlah jagaan  Ahli Parlimen Sandakan disebaliknya pula ia adalah terletak di kawasan Parlimen Batu Sapi tapi  untuk memberikan bantuan kepada mangsa-mangsa terbabit disaat-saat mereka memerlukan jangan dipersoalkan

Ini jelas atas keprihatianan dan rasa tanggungjawab sesama insan dan lagi sebagai seorang wakil rakyat khususnya Ahli Parlimen Sandakan (DAP) Stephen Wong  dapat  meluangkan masanya  melawat ketempat bekas kebakaran untuk menemui mangsa kebakaran.

Walaupun Wong dalam kesibukan membuat persedian untuk ke Dewan Parlimen namun atas usahanya demi menjaga kebajikan  beliau yang diiringi Pegawai Khas Parlimen Sandakan Amsi Liew dan mantan calon ADUN Karamuntung Calvin Chong serta ahli-ahli DAP yang lainnya turut serta melawat  ketempat kebakaran sambil menagih-agihkan sumbang tersebut kepada mangsa terbabit.

Dalam itu Wong menasihatkan kepada para mangsa berkenaan supaya bersabar atas apa yang telah berlaku menimpa diri mereka mungkin kejadian ini ada hekmah sebaliknya, ini semuanya  dugaan dan cabaran hidup.



“Untuk memberikan bantuan terhadap mana-mana rakyat yang ditimpa musibbah    seharusnya tidak diletakan dibahu pihak kerajaan dan  para pemimpin parti pembangkan seperti DAP juga mempunyai tanggungjawab sama untuk memberi bantuan kepada mereka seberapa yang mampu kerana DAP juga mempunyai sokongan daripada pelbagai lapisan masyarakat berbilang kaum di negara ini” jelas Wong

No comments:

Post a Comment