KANAK-KANAK PERLU DISEMAI AGAR MEREKA MEMPUNYAI JATI DIRI DAN NILAI-NILAI MURNI....KATA NORAINI

OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN: Program Damai- Dadah Musnahkan Akal dan Iman anjuran Biro Hal Ehwal Wanita PEMADAM Daerah Sandakan yang diadakan di Sekolah Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA) KEMAS Kampung Cahaya Baru dekat sini pagi tadi dapat sambutan.

Pengerusi Biro Hal Ehwal Wanita PEMADAM Daerah Sandakan Noraini Sulong berkata tujuan menganjurkan program Dadah Musnahkan Akal dan Iman adalah untuk mendedahkan sebanyak sidikit tentang penyalahgunaan najis dadah di kalangan belia-belia dan
orang-orang dewasa disekeliling.

Kata Pemadam ditubuhkan adalah untuk membantu kepada kerajaan khususnya pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dalam memerangi pengambilan dadah di kalangan masyarakat.

Haji Abdul Wahab Hj Alpa daripada PEMADAM Daerah Sandakan telah dijemput untuk memberikan ceramahnya mengenai penyalahgunaan Janis dadah.

 
Pada masa yang sama tempat yang sama Pergerakan Wanta Bahagian UMNO Sandakan telah menganjurkan pertandingan Melukis yang bertemakan Program Merdeka Disini Lahirnya Sebuah Cinta.
Seramai lebih 50 orang kanak-kanak TABIKA telah menyertai pertandngan tersebut.
Ketua Wanita UMNO Bahagian Sandakan Noraini Sulong dalam ucapannya antara lain berkata kalau hendak melentur buluh biar dari rebungnya sama lagi juga kalau hendak mengasuh atau mendidik kanak-kanak biarlah dari kecil lagi.


“Anak-anak ini diibaratkan sehelai kain putih kalau ia dicorak warna merah jadinya merah kalau ia dicorak hitam makanya jadi hitam begitulah kalau ibubapa mengajar anak baik jadinya baik kalau ibubapanya mengajar anak-anaknya jadi bajingan maka anak-anak jadinya bajingan ujar Noraini.

Katanya anak-anak perlu dididik semai  dalam menanam semangat jati diri dan nilai-nilai murni agar bila dewasa nanti mereka jadi orang-orang yang berguna kepada bangsa dan negara.






PELAJAR MANGSA TRAGEDI KEBAKARAN KAMPUNG KARAMUNTING DAN TANAH MERAH TERIMA SUMBANGAN DARIPADA PAS

OLEH: SAIMON S JUMADI

BATU API: Atas dasar simpati terhadap semasa insan yang ditimpa musibbah seperti kebakaran yang berlaku dua tempat  Kampung Karamunting dan Tanah Merah baru-baru mereka tidak terpinggir untuk mendapat bantuan.

Yang Dipertua PAS Batu Sapi Haji Hamzah Hj Abdullah  dan bagi pihak Pemuda PAS Negeri Sabah telah menyampaikan sumbangan berupa  wang tunai  baru-baru ini kepada para pelajar yang terlibat dalam tragedy kebarakan dikedua dua tempat  itu Kampung Karamunting dan Tanah Merah.

Hj Hamzah berkata tujuan memberikan sumbangan kepada para pelajar yang terlibat  dalam kebakaran itu untuk meringankan beban yang ditanggung keluarga mangsa berkenaan.

“Lagipun ini adalah salah satu tanggungjawab kita sesama insan untuk memberikan sebarang bantuan kepada mereka yang dtimpa musibbah terutama sekali disaat-saat mereka memerlukan bantuan ketika mereka berada dalam kesusahan inilah juga

 kerja amal ibadahnya  yang dituntut agama Islam” jelasnya.


DAP Sabah Question Zahid On Missing Trio Said To Be ‘abducted’

by admin



















“POSER FOR ZAHID!!! …. from left, Stephen Wong (Sandakan MP), Chan Foong Hin (Sri Tanjong Assemblyman) and  Jimmy Wong ( KK MP)”



KOTA KINABALU:  Sabah DAP wants the Home Affairs Minister Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi to come clean over the disappearance of three men from Semporna who were allegedly abducted last September 22 while on the way home.

They want to know whether the trio were ‘taken away’ by the police or other security forces as till today the police have kept mum over the missing persons.
In a joint press statement by Member Parliament for Kota 

Kinabalu, Jimmy Wong, Member Parliament for Sandakan Stephen Wong and State Assemblyperson for Sri Tanjong (Sabah) Chan Foong Hin in Parliament on Wednesday, they urged Zahid to tell the truth.

“We believe that this three persons as well as their immediate family members should know the case against them, stand trial and, if found guilty, be imprisoned, the opposition trio charged.

“Even though they may be terrorist suspects, it is their right to get a clear answer of what was actually going on. The wives are being left in the dark. The authorities should clarify the matter to the wives as they have their children to tend to amidst not knowing what had happened”.

They also want the Home Affairs Minister to answer if the men are being detained or imprisoned without trial under Prevention of Crime Act and if they were taken away by a special task force.

They also want Zahid to respond as to whether the three men had committed any crime or what is it they have done to be detained without trial, and if the detention is related to the measures taken to combat security threats in the EssZone

Mohammad bin Sarail, 50, a pirate taxi operator, Zulfikar bin Omar, 40, a fisherman and Mohammad bin Jobail, 34, a poultry seller were last seen at Mile 4, Apas Road on September 22, while on the way back to Semporna from Tawau.

According to a news report, a witness by the name of Wong saw a red Proton Wira stopped by seven heavily armed men who were in three double-cab vehicles.

The window of the Proton Wira was broken and the passengers had their heads covered in hoods and their hands and feet bound before before being driven away.

Chan said the OCPD of Tawau, ACP Awang Besar Dullah refused to comment when I asked him for more details on the case, after the news report appeared.

Chan also said he conducted a press conference in Tawau with the wives of Mohammad Sarail, Kamsiria bte Sarail and Nuribia bte Lebensuh, 20, the wife of Zulfikar, appealing for information on the whereabouts of their husbands.

Both Kamsiria and Nuribia had also made police reports immediately after the Proton Wira which the men were traveling in, was found by the roadside at Mile 4, Apas Road, the same day.

SAYA TAK KISAH SOAL LETIH HADIR PROGRAM MEMBARA JALINAN WANITA ASALKAN DAPAT ILMU..DAKWA SALEENA

OLEH: SAIMON S JUMADI
FOTO: APEK ANSUKOI




















SOAL LETIH TAK KISAH....Hadir program asalkan dapat ilmu dakwa saleena yang namanya kini sedang meningkat naik dipersada dunia politik tanah air


SANDAKAN:- Sehari suntuk mengikuti program Membara Jalinan Wanita anjuran Pergerakan Wanita Bahagian UMNO Sandakan dengan kerjasama JASA Bahagian Sandakan yang diadakan di Hotel Ibis Water Front di sini pagi tadi walaupun terasa keletihan sedikit namum bagi saya soal penat saya tak ambil kisah sangat.

Kenapa saya kata begitu saya  tak kisah sangat soal keletihan itu sebab  bila  saya duduk sambil mendengar  bebarapa ceramah  yang telah disampaikan oleh beberapa penceramah daripada pihak-pihak tertentu mengenai pelbagai sudut aspek sedikit  sebanyak saya dapat  menimba ilmu jadi berbaloilah  dengan kehadiran saya sehari suntuk itu.
Demikian dijelaskan sendiri oleh Ketua Wanita Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) Tanjung Papat  Saleena Titi (gambar) yang namanya kini sedang meningkat naik dipersada dunia  politik tanah air kepada Wartawan Kanan The Sabah Insider.Net sejurus selepas menghadiri program ini.

Saleena sambil mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi Penganjur program tersebut iaitu Noraini Sulong atas kesudian menjemputnya hadir ke program yang bermenfaat itu.

“Tidak sia-sia saya  membuang masa untuk hadir selain saya mendapat sedikit ilmu mengikuti program ini tapi saya dapat ramai kenalan lebih rapat dengan  ahli-ahli UMNO dan rakan-rakan parti komponen BN  yang lainnya  sama ada dari LDP.Gerakan, MIC dan MCA” Ujarnya.

PROGRAM MAMBARA JALINAN WANITA ANJURAN WANITA UMNO DAN JASA SANDAKAN DAPAT SAMBUTAN


OLEH: SALEENA TITI
FOTO: APEK ANSUKOI


SANDAKAN:- Program Membara Jalinan Wanita anjuran bersama  Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Sandakan  dan JASA Bahagian Sandakan yang diadakan di Hotel Ibis Water Front dekat sini pagi tadi dapat sambutan yang menggalakn  di kalangan penduduk setempat.

 Program yang diadakan bermula dari jam 8.00 pagi berakhir jam 5.00 petang telah berjaya membuka lebih 20  gerai yang diletakan diperkarangan hotel berkenaan  yang  melibatkan Jawatan Kesihatan Sandakan, Suruhanjaya Koperasi Malaysia, pameran produk-produk tempatan dan beberapa gerai jualan makanan  dan pakaian.

Ketua Wanita Bahagian UMNO Sandakan yang juga sebagai Pengerusi penganjur  program tersebut Noraini Sulong  berkata tujuan mengadakan program Membara Jalinan Wanita adalah untuk memberikan peluang kepada masyarakat setempat khusunya golongan wanita untuk menjana ekonomi  melalui pelbagai jenis peniagaan sama ada menerusi pelaburan saham-saham tersebut dan penjualan produk-produk buatan tempatan.


Katanya para peserta yang mengikuti program sehari suntuk itu diberikan pendedahan mengenai satu-satu bidang yang bakal  diceburi itu nanti dengan melalui  sesi-sesi  ceramah yang disampaikan oleh para penceramah yang diundang khas daripada agensi-agensi kerajaan dan badan-badan perniagaan.

Ketua Bahagian UMNO Sandakan Tan Sri HJ  Ampong Hj Puyon telah menyemporna program tersebut.

Dalam ucapan ringkasnya Ampong memuji kepada Ketua Wanita Bahagian UMNO Sandakan  Noraini Sulong atas  sikap dan daya inisiatifnya yang tidak pernah    mengenal erti penat dan letih sentiasa menganjurkan  pelbagai program kemasyarakatan pada setiap masa.

“Saya berani mengatakan di sini ciri-ciri kepimpinan seperti yang dibawa oleh Noraini ini yang kita mahu kerana  boleh dijadikan edola dan teladan kepada mana-mana wanita lainnya, Syabas dan Tahniah Noraini Sulong teruskan perjuanganmu demi UMNO, tanah air dan banga” ujar Ampong.

Turut hadir dimajlis penutupun program tersebut Ketua Wanita Bahagian PBS Tanjung Papat Saleena Titi, Pegawai Pembangunan Masyarakat (CDO) Elopura dan Setiausaha Bahagian UMNO Sandakan Hj Hamdan Hj Dikong.








KELAB PENYOKONG BN SANDAKAN SAH DITUBUHKAN NO SIJIL PENDATARAN PPM-004-12-24102014


OLEH: CHARLES SUNGGIUK

KOTA  KINABALU:- Kelab Penyokong BN Sandakan (KPBS) baru saja ditubukan daerah Sandakan pada 24 Oktober ini dan telah diluluskan pendaftaran penubuhannya oleh pihak Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS)  Nombor Sijil  Pendaftaran-004-12-24102014.

Pengerusi Penaja Penubuhan Kelab tersebut Hajah Rauyah Baharul Asyik  berkata tujuan kelab ini ditubukan khusus adalah bagi mengganti  tempat  kedudukan Kelab Penyokong BN  Sabah dan Kerajaan yang telah didaftarkan di daerah Tawau.

Hjh Rautah berkata sebenarnya KPBNSDK  tidak  ada cawangan di Sandakan ia berpusat di daerah Tawau tapi malangnya kelab NGO ini tidak mempunyai ahli di Tawau dan  ramai ahli-ahli kelab itu semua orang Sandakan dan ini adalah bertentangan dengan dasar peraturan dan perlembagaan ROS sebenarnya.


“Saya telah difahamkan dengan sejelas-jelasnya  oleh Pegawai Pendaftaran Pertubuhan (ROS) bahawa KPBNSDK yang ditubuhkan diatas nama daerah Tawau tidak mengambil dari mana-mana tempat  luar dari kawasan Tawau seperti yang berlaku pada hari ini KPBNSDK ramai ahli-ahli datang orang dari Sandakan.

Adalah menjadi satu kesalahan besar kalau KPBNSDK didaftarkan atas nama daerah Tawau  tapi mengambil keahlian dari daerah lain seperti dari Sandakan” jelas Hjh Rauyah.

“Sekarang Kelab Penyokong BN Sandakan tidak lagi mahu berkompromi dengan KPBNSDK Tawau  semua yang telah menjadi ahli KPBNSDK secara atomatik telah berpinda  menjadi ahli Kelab ini.” Jelas Hajah Rauyah.

Kata Hajah Rauyah lagi pihaknya akan membuat laporan polis sekiranya Pegawai Perhubungan KPBNSDK yang bernama Rosli didapati masih menjalankan pungutan yuran kemasukan keahlian KPBNSDK  akan diumban kepenjara.

“Kalau dulu   sebelum  Kelab Penyokong BN Sandakan ini  ditubuhkan bolehlah  si Rosli suka-suka hati  masuk kampung keluar kampung mengutip yuran untuk kemasukan keahlian bagi KPBNSDK tapi sekarang polis akan menjejaki pergerakan Rosli silap langka Rosli  akan dicekup polis baru dia rasa terkapai-kapai dalam menpejara meninggalkan anak-anak kalau itu  yang dia mahu boleh saya cabar Rosli teruskan usahamu pungut duit dengan orang-orang kampung mampus kau nanti dilempar kepenjara  ini bukan satu gertak” katanya.

Katanya pihak Kelab Penyokong BN Sandakan pada masa terdekat ini sudah siap sedia untuk membuat laporan polis mengenai tingkah laku Rosli yang selama ini dia memungut duit daripada orang-orang kampung.


CIRI-CIRI KEPIMPINAN SHIRLEY CHIEN SEBAGAI KETUA BAHAGIAN PBS BOLEH DICONTOHI ......SALEENA

OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:- Ketua Wanita Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) Kawasan Tanjiung Papat berkata walaupun sumbangan yang diterima oleh salah seorang mangsa kebakaran Kampung Karamunting baru-baru ini iaitu Apek Ansukoi daripada Puan Shirley Chien Ketua Bahagian PBS Tanjung Papat berupa barangan dapor dan elektrik satu sumbangan yang harus dihagai.

Kata Saleenan Titi (gambar)  pemberian itu walaupun tak sebebarapa  namun keihlasan seorang pemimpian parti kanan yang turut bertanggungjwab dan prihatin kepada ahlinya yang telah ditimpa muhibbah  sudi menghulur bantuan sekurang-kurangnya dapat meringankan  sedikit beban yang ditanggung.

“Inilah ciri-ciri kepimpinan di bahagian PBS Tanjung Papat  seperti Puan Shirley Chien yang kita mahukan kerana sudi memberi bantuan kepada mangsa kebakaran tidak mengira warna kulit, agama dan bangsa.


“Syabas saya ucapkan kepada usaha Puan Shirley Chien agar tidak merasa jemu dan bosan memberi dan menghulur bantuan kepada insan-insan yang lain sekiranya mereka  ditimpa bencana alam” ujar Saleena

APEK TERIMA BANTUAN BERUPA BARANGAN ELEKTRIK DARIPADA KETUA BAHAGIAN PBS SHIRLEY CHIEN


OLEH: SALEENATITI
FOTO: SAIMON S JUMADI


SANDAKAN:- Atas dasar simpati dan prihatin  Ketua Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) kawasan Tang Papat Puan Shirley Chien terhadap seorang ahli  Bahagiannya yang ditimpa bencana di mana rumahnya  habis musnah dalam tragegi kebakaran di Kampung  Karamunting baru-baru ini telah menerima  bantuan  berupa barangan elektrik dan dapur gas daripada Chirley Chein petang tadi.

Mangsa yang dikenali Apek  bin Asnukoi yang menyandang jawatan Penolong Bendahari Bahagian parti itu  telah menerima  sumbangan tersebut daripada Shirley Chien  disaksi sendiri oleh Ketua Wanita Bahagian PBS Tanjung Papat Saleena Titi dan Setiausaha Bahagian PBS Hj Adanan Yahya.

Shirley yang ditemui oleh Krew The Sabah Insider.Net  antara lain menjelaskan tujuan untuk memberikan sumbangan tersebut adalah sebahagian tanggungjawab kita sebagai pemimpin politik kanan  khususnya parti PBS untuk menghulurkan apa saja bantuan  kepada ahli-ahlinya yang ditimpa musibbah tanpa mengira warna kulit bangsa dan agama untuk meringankan beban mereka.


“Ini juga sebahagian menyahut seruan kerajaan BN agar para pemimpin kanan mana-mana parti komponen BN khususnya PBS agar sentiasa menghulurkan bantuan kepada ahli-ahli yang memerlukan” ujarnya.








PERGERAKAN WANITA UMNO BAHAGIAN SANDAKAN ANJUR PROGRAM MEMBARA JALINAN WANITA PADA 31 OKTOBER INI

OLEH: AZMI AZMAN

SANDAKAN:-  Pgrogram  Membara Jalinan Wanita akan diadakan di Ballroom Hotel Ibis Water Front  dekat di sini pada 31 Oktober ini.

Program yang bermula dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang itu anjuran  bersama Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Sandakan dan   JASA Bahagian  Sandakan dijangka akan disempornakan Ketua Bahagian UMNO Sandakan Tan Sri Hj Ampong Hj Puyon.

Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Sandakan Noraini Sulong berkata  program itu adalah terbuka kepada orang ramai dan pihak penganjur akan mengadakan pameran untuk tontonan para pengunjung yang diletakan diperkarangan primis hotel berkenaan.


Orang ramai khususnya yang tinnggal  di sekitar bandar ini adalah dijemput datang beramai-ramai  ke program Membara Jalilnan Wanita  pada tarikh dan tepatkan  yang telah disebutkan itu.

ASP CHEAH BERI TAKLIMAT PROGRAM WANITA ANTI JENAYAH (WAJA) ANJURAN MPWK P186 SANDAKAN

SOROTAN DARI MEJA  FST NEWS
SAIMON S JUMADI &
SALEENA TITI
 








PEGAWAI AMANITA berperanan sebagai perantara untuk mendapatkan sebarang maklumat khususnya  yang berunsur jenayah  daripada golongan suri rumah tangga.

Maklumat-maklumat yang diterima itu kemudiannya akan disalurkan  kepada pihak Jabatan dan Unit berkenaan dan kemudiannya  akan diambil tindakan ke atas aduan yang diterima.




ASP Cheah  Sek Ee berkata demikian pada sesi ceramahnya diprogram Wanita Anti Jenayah (WAJA) anjuran Majlis Pembangnan Wanita dan Keluarga (MPWK)  P186 Sandakan yang dilansungkan di ruang legar Masjid Janutun Naim Sri Taman dekat sini kelmarin.

“Peace Lady”  (AMANITA) akan melengkapkan golongan suri rumah tangga dengan panduan-panduan keselamatan diri (Personal Safety) menerusi aktiviti-aktiviti yang kreatif dan seterusnya menggalakkan suri rumah tangga untuk memberi maklumat berkaitan jenayah  di kawasan kediaman mereka” ujarnya.

Tambahnya ini adalah untuk menjadikan kawasan perumahan mereka sebagai tempat  yang selamat ( Safe Neighbourhood) dan tindakan ini selaras dengan tujuan dalam objektif NKRA iaitu mengurangkan kadar jenayah.

Pada kesimpulannya inisiatif “Engage Housewives  In Neighbourhood Safety” akan menghasilkan  seorang suri rumah tangga yang berkemampuan untuk:

1.  Menjaga keselamatan diri, keluarga dan harta benda
2.  Mengenali dan melaporkan aktiviti-aktiviti yang mencurigakan serta kejadian jenayah yang berlaku
3.  Menjaga keselamatan harta jiran sekitar kediaman
4.  Bekerjasama dengan polis bagi mengenal pasti  kegiatan jenayah yang sering berlaku di kawasan mereka

Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai  jenayah yang berlaku di sekitar kawasan anda, bolehlah disalurkan terus  kepada “Peace Lady (AMANITA) yang berdekatan dengan menghubungi Peace Lady ASP Cheah Sek Ee Ibu Pejabat Polis H/P 016-2716078 Tel: 089 242222 Email: amanitasandakan@yahoo.com.my

Sementara seorang peserta daripada parti kompenan BN iaitu Ketua Wanita Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) Kawasan Tanjung Papat Saleena Titi menyatakan program WAJA yang diadakan pada hari ini amat bergunan kepada golongan wanita kerana telah ditunjuk ajar bagaimana cara-cara mempertahankan diri bila berdepan dengan penjenayah.



“Kita tahu golong wanita ini adalah dianggap lemah  dan sering berdepan dengan kes-kes rogol, kes pencabulan dan kes ragut  jika kita tidak tahu  macam mana mahu mengelakan atau mempertahakan diri  pada saya setelah mengikuti progam WAJA ini sebanyak sedikit kita  dapat menimba ilmu  dari hasil yang tunjuk ajar oleh pihak jurulatih PDRM” ujarnya.

PROGRAM KRAFT KREATIF DAN WANITA ANTI JENAYAH (WAJA) ANJURAN MPWK SANDAKAN DAPAT SAMBUTAN

OLEH: SHAIMON S JUMADI &
 SALEENA TITI



SANDAKAN:- Program Wanita Anti Jenayah (WAJA) yang dianjurkan oleh Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga P186 Sandakan yang diadakan sehari ini suntuk di ruang legar Masjid Janatun Naim Sri Taman pada pagi ini bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 5.00 petang adalah bertujuan untuk mendedah dan mendidik kaum wanita cara-cara bagaimana untuk mempertahankan diri bila berdepan dengan penjenayah wanita adalah sering menjadi mangsanya.

Assistant Superintendent Polis (ASP) Cheah Sek Ee  yang diundang khas daripada Ibu Pejabat Polis Sandakan telah bertindak sebagai  penceramah dan tutur pada program tersebut.

Terlebih dahulu  ASP Cheah  memperkenalkan  yang disebut sebagai  “Engage  Housewives in Neighbourhood Safety” adalah satu insiatif  di bawah “National Blue Ocean  Strategy” (NBOS)  matlamat utama inisiatif  adalah untuk menjadikan  golong suri rumah tangga sebagai rakan polis dalam usaha untuk mengurangkan kadar jenayah.

Katanya seorang pegawai kanan polis wanita dilantik sebagai “Peace  Lady” (AMANITA) di setiap daeah di seluruh Malaysia bagi menggerakan dan menyelaraskan penglibatan aktiviti wanita khususnya suri rumah tangga di dalam Program “Neighbourhood Safety”

“Pegawai Amanita di setiap daerah akan membuat perjumpaan  dengan kaum wanita khsusnya suri rumah tangga untuk memberikan penerangan secara ringkas tentang keselamatan  diri dan cara untuk berdepan dengan situasi kecemasan.

Para suri rumah tangga juga akan dilatih tentang  peranan mereka sebagai “mata dan Telinga” pihak Polis untuk mencegah jenayah di kawasan kediaman mereka” katanya kepada Wartawan Kanan The Sabah Insider.Net sejurus selepas memberi ceremahnya dihadapan 150 orang peserta.

Terdahulu dalam ucap alu-aluan Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK) Sandakan Noraini Sulong antara berkata  penglibatan kaum suri rumah tangga dalam mengikuti program Waja ini adalah amat penting kerana sedikit sebanyak hasil daripada ceramah yang disampaikan  itu dan tatacara gerak gerik yang telah ditunjukan oleh berapa orang anggota polis mengenai seni mempertahakan diri bila berdepan  dengan musuh-musuh yang tidak undang itu.

“Saya dalam kesempatan ini ingin  mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa  MPWK Sandakan kerana atas kerja keras mereka maka dua program iaitu Pertandingan Kraft Kreatif Jahitan Sulaman Manik yang diadakan kelmarin dan program Wanita Anti Jenayah (Waja) yang diadakan pada pagi ini ditempat yang sama berjaya dilaksanakan dengan jayanya”

Dan dengan ini saya tak lupa juga mengucapkan terima kasih kepada ASP Cheah Sek Ee dan anggota-anggota PDRM kerana sudah memberi tunjuk ajar kepada para peserta program ini dan tanpa adanya kerajasama daripada pihak PDRM sudah pasti program ini tidak dilaksanakan” katanya.

Ketua Bahagian UMNO Sandakan Tan Sri Haji Ampong KK Puyon telah merasmikan penutupan Kursus Kraft Kreatif Jahitan Sulaman Manik dan penutupan program waja.
 

Dalam ucapan ringkasnya Ampong memuji tindakan dan usaha gigih yang dilaksanakan oleh Pengerusi MPWK Sandakan yang juga merupakan Ketua Wanita UMNO Bahagian Sandakan kerana setiap program yang dianjurkan pastinya mendapat sokongan yang amat menggalakan.

Ampong berkata kedua-dua program yang dianjurkan oleh MPWK ini memang amat berguna kepada para peserta untuk menimba  sebanyak sedikit ilmu yang bermenfaat itu.

Dalam pertandingan Kreatif Sulaman Manik yang telah disertai seramai 40 orang  peserta daripada LDP Puan Lily Chung telah mendapat gelaran johan kerana hasil kerja tangannya menyulam manik-manik pada bag tangannya kelihatan tersusun dan cantik.
  
Sementara Ketua Wanita Bahagian PBS Tanjung Papat Saleena Titi  dalam komennya menjelasan walaupun beliau tidak mendapat sebarang tempat tapi beliau bersyukur dan berpuas hati mengikuti kursus tersebut sehari suntuk walaupun badan terasa  keletihan namun berbaloi kerana telah mendapat menimba ilmu.


Turut hadir pada majlis penutupan kedua-dua program itu ialah Pegawai Pembangunan Masyarakat (CDO) Elopura Mohd Abdul Hamid @ Hj Utung.

PENAT IKUTI KURSUS JAHITAN SULAMAN MANIK-MANIK TAPI BERBALOI KERANA DAPAT ILMU...KATA SALEENA



CORETAN DARI MEJA
SAIMON S JUMADI &
SALEENA TITI







SEHARIAN suntuk mengikuti  kursus  Kraft Kreatif Jahitan Sulaman Manik yang diadakan bermula dari jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 5.00 petang di Serambi Masjid Janatun Naim Sri Taman walaupun  penat tetapi berbaloi kerana dapat mencedok  sedikit ilmu yang amat beguna setiap peserta yang mengikuti program ini yang julung-julung diadakan.

Kursus Kraft Kreatif Jahitan Sulaman  Manik anjuran Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK) P186 Sandakan yang dikelolahkan oleh Pengerusi MPWK Sandakan Puan Noraini Sulong mendapat sambutan yang amat menggalakan seramai 40 orang peserta adalah  terdiri di kalangan wanita yang bergelar ibu.

“Saya dan teman-teman lain sebagai peserta kursus itu adalah buat pertama kalinya menyertai program sebegini rupa kami ditunjuk ajar bagaimana menjahit manik manik di sehelai kain yang disediakan oleh seorang guru kreatif Puan Anne Sidik Tenaga Pengajar  Sulaman Manik daripada Institute  Kemahiran Malaysia.



“Pada mulanya memang sukar untuk menjahit manik-manik diatas sehelai kain pertama seseorang itu harus mempunyai penglihatan mata yang terang kerana untuk menusuk benang kelubang jarum terlalu kecil lubangnya  kemudian tusuk kelubang manik-manik .

Untuk menghasilkan  jahitan sulaman manik-manik  bukan semudah itu yang kita fikirkan, kita mesti mempunyai daya kesabaran, cekal hati dan ketekunan kerana ambil masa  yang panjang juga” terang Saleena kepada Wartawan kanan The Sabah Insider.Net sejurus selepas mengikut kursus tersebut
 
Saleena Titi yang memegang jawatan dalam Parti Komponan BN selaku Ketua Wanita Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) Kawasan Tanjug Papat  berterima kasih kepada Puan Noraini Sulong kerana memberi peluang mengikuti program tersebut yang dianggap sebagai menimba  ilmu berguna kepada dirinya kerana selama ini Saleena belum  pernah mengikuti kursus seumpama ini.

Sementara Noraini Sulong yang sempat ditemui antara lain menjelakan tujuan dan objektif mengadakan program  adalah untuk membantu para kaum ibu bagi mempelajari selok belok tentang kreatif hasil kerja tangan iaitu menjahit sulaman manik-manik sama ada dibaju ataupun ditudung ataupun ditempat-tempat lain yang difikirkan.

"Ini juga bila mereka sudah pandai menjahit sulaman manik itu, boleh menghasilkan   saru-satu produk  hasil kerja tangan  sendiri ia boleh dipasarkan untuk jual kepada orang ramai dan secara tidak langsung boleh menjana ekonomi pendapatan yang agak lumayan" ujar Noraini.


Majlis fatwa putuskan sentuh anjing bertentangan dengan mazhab Shafie

by admin

email
comments
Majlis fatwa putuskan sentuh anjing bertentangan dengan mazhab Shafie

Jamil berkata Islam memuliakan haiwan termasuk anjing namun umat Islam perlu mematuhi ketatapan ditentukan oleh hukum syarak. - Foto Fail















KUALA NERUS: Muzakarah Fatwa Kebangsaan hari ini memutuskan isu segelintir umat Islammenyentuh dan
 memegang anjingadalah bertentangan dengan fahaman majoriti umat Islam di negara ini yang berpegang kepada mazhab Imam Shafie.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata Islam memuliakan haiwan termasuk anjing namun umat Islam perlu mematuhi ketetapan ditentukan oleh hukum syarak.


"Bagaimanapun dalam aspek hukum, soal kemuliaan satu hal dan dalam aspek hukum pula umat Islam perlu mematuhi ketetapan ditentukan oleh hukum syarak di dalam Islam," katanya kepada pemberita di sini hari ini.




Beliau berkata demikian selepas menutup Majlis Multaqa' Ahli-ahli Jawatankuasa Fatwa seluruh Malaysia 2014 yang turut dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Othman Mustaffa dan Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaaan Brig Prof Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin.


Jamil Khir berkata Jakim akan memanggil penganjur pertunjukan anjing berkenaan bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai perkara itu kerana pihak penganjur terutama ustaz yang terlibat mendakwa, beliau tidak diperjelaskan kedudukan sebenar mengenai perkara itu (pertunjukan anjing).


"Bagaimanapun Jakim dalam masa terdekat ini akan memanggil penganjur supaya kita tidak terperangkap dengan isu berkenaan," katanya.


Beliau berkata beberapa isu besar lain yang dibincangkan antaranya mengenai kumpulan militan Negara Iraq dan Syria (IS) iaitu jihad umat Islam Malaysia di Syria, cukai barang dan perkhidmatan (CBP) dan derma rahim.


Katanya mengenai IS, Majlis Fatwa merumuskan iaitu berdasarkan kajian dan hujah-hujah melalui nas-nas syarak mendapati umat Islam bukan sahaja di negara ini malah di seluruh dunia masih lagi keliru berhubung konteks jihad dan mati syahid dan oleh itu mereka yang sanggup berjuang di Syria atas nama IS adalah bertentangan dengan hukum syarak.


Mengenai CBP yang akan dilaksanakan kerajaan pada April tahun depan, beliau berkata Majlis Fatwa telah berbincang mengenai isu itu di mana Islam mengharuskan Ulil Amri atau pihak pemerintah kerajaan untuk mengutip cukai dan ia hendaklah dilakukan dalam kerangka syarak.


Berhubung isu menderma rahim untuk mengandung dan sebagainya yang sudah berlaku pada masa ini, Majlis Fatwa mengambil ketetapan yang ia tidak diharuskan kecuali dalam keadaan darurat.


Jamil Khir berkata semua butiran berhubung ketetapan yang diambil pada Majlis Fatwa yang bersidang itu akan dikeluarkan oleh Urusetia Jawatankuasa Fatwa Malaysia tidak lama lagi. BERNAMA