TANAH ADAT JADI SASARAN PENCABULAN HAK ASASI MANUSIA


OLEH: SAIMON S JUMADI
FOTO FRANCIS LEE

KOTA KINABALU:- Ekoran  syarikat-syarikat gergasi dari Semenanjung yang terlalu berminat untuk menerokai tanah-tanah di negeri Sabah yang didalangi oleh orang-orang Sabah sendiri sebab mahu mencari keuntungan akhirnya para penduduk tempatan anak jati Sabah seperti suku Kadazan-Dusun,Murut dan bangsa Sungai jadi merempat ditempat sendiri.
 
Lebih kurang 90  peratus kebanyakannya  tanah-tanah yang dimiliki oleh orang-orang kampung  khususnya di kawasan pedalaman mungkin yang mempunyai geran tanah yang berstatuskan NT tidak sampai 40 peratus dan selebihnya mereka hanya memiliki surat daripada Pegawai-Pegawai Daerah berkenaan yang mengesahkan bahawa tanah-tanah itu milik mereka tetapi dibawah kawal selia sebagai Tanah Adat atau NCR.

Menduduki  di kawasan tanah-tanah adat bukan jangka waktu yang pendek mereka  telah lama tinggal di kawasan tanah tersebut sejak empat generasi lagi.

Sejak dari hutan belukar  sehingga menjadi ladang sawit dan telah wujudnya beberapa buah kampung yang berdaftar dan mempunyai Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK ini menandakan kampung itu rasmi sebab telah digezetkan atau telah diwartahkan dibawah pejabat Daerah cuma tidak mempunyai geran.

Disebabkan tanah-tanah adat tadi tidak mempunyai geran yang dikeluarkan oleh Pejabat Tanah dan Ukur maka kedudukan tanah tersebut tidak beberapa kukuh  berbanding tanah walaupun sekangkang kera kalau mempunyai geran yan sah tidak mudah dikotak katikan oleh sesiapa.

Sejak kebelakangan ini di Sabahlah paling banyak kes-kes tanah adat jadi sasaran dan punca utama pencabulan hak asasi manusia kerana mereka telah menceroboh tanah-tanah adat yang sekian lama diduduki sehingga mempunyai jumlah penduduk kampung yang teramai.

Apabila  ada orang-orang negeri sendiri yang mahu  jadi cepat  kaya bergelar jutawan mereka langsung tidak memikirkan apa kah risikonya yang akan datang menimpa kepada orang ramai sekiranya kampung mereka dimusnahkan begitu saja.

Orang-orang dari Sabah tadi coba memohon tanah adat  dan mungkin mereka juga  tinggal didalam kampung berkenaan  konon-kononnya memohon tanah atas nama kampung itu kerana sipemohon tadi mengutip tandatangan semua penduduk berkenaan.


Setelah permohonan mereka diluluskan  melalui pelbagai proses penduduk-penduduk kampung yang  sama-sama terlibat memohon tadi mereka telah diperdayakan oleh ketua pemohonan tanah  dengan alasan permohonan tanah itu tidak dapat diproses terdapat beberapa sebab sebenarnya tanah tersebut sudahpun diluluskan oleh kerajaan dan mempunyai geran NT. 

Macam mana mahu membangunkan kawasan tanah tersebut sebagai contohnya Kampung Pinangkau geran sudah ada didalam tangan tetapi untuk memajukan kampung ini tiada modal senang saja lantik seorang jadi broker untuk mencari siapa mahu beli atau membangungkan tanah tersebut.

Mungkin rezeki  memang mahu datang dapatlah seorang taukey dari Semenanjung atau Sarawak mereka berbincang sebab kalau tanah itu berstatuskan Native Title (NT) memang susah hendak dijual kepada bukan Bumiputera mahu tidak mahu joint venture dengan taukey tersebut atas dasar 60 dan 40 pemaju dapat 60 persent sebab mereka yang membangunkan sementara pemilik tanah mendapat 40 peratus.

Setelah mereka menandatangani  surat perjanjian antara satu sama lain sipemilik tanah tadi sudahpun menerima ganjaran RM1 juta mereka terus keluar dan meninggalkan kampung berkenaan kerana kedudukan kampung itu sudah tidak selamat untuk diduduki bila-bila saja Hitachi akan merobohkan rumah-rumah termasuk segala tamanan.
  
Fenomena sebegini memang sering berlaku ini  ekoran tindakan orang-orang kampung sendiri kerana ketamakan harta benda dunia mereka sanggup menggadaikan kampung halaman mereka tempat tumpa darah kelahiran mereka sudah 4 generasi hancur musnah begitu saja akhirnya lain-lain penduduk mungkin ada sanak saudara jadi merempat ditempat sendiri.

Kalau tiada orang dalam mustahil perkara sebegini boleh berlaku coba anda jalan ke Kinibatangan atau jalan Sukau kita pastinya terlihat satu papan tanda yang tertulis Genting Plantation ladang sawit tersebut adalah kepunyaan  taukey Genting Highland mendiang Tan Seri Lim Goh Tong bagaimana dia boleh dapat tanah di Sukau.