PORTAL ONLINE THE SABAHINSIDER.NET DIWUJUDKAN UNTUK MENYIARKAN SUARA-SUARA RAKYAT SABAH.....JUN

OLEH: FRANCIS  CT LIEW

KOTA KINABALU:- Sebuah lagi media berbentuk Portal Online diwujudkan di Sabah iaitu The Sabah Insider.Net  yang beribu pejabat  CPS TOWER CENTRE POINT SABAH 6th Floor 88000  Kota Kinabalu  yang baru beroperasi tiga hari lalu untuk menerbitkan berita-berita mengenai hal-hal negeri Sabah dan juga berita-berira dalam negara dan luar negara.


Jun Facifico @Abdullah (gambar)  yang  merupakan Pengurus Besar (General Manager) yang juga tuan punya Portl menjelaskan  portal ini diwujudkan oleh untuk menyiarkan pelbagai berita sama ada berita sukan, perniagaan, masyarakat , aktiviti-aktiviti kerajaan termasuk berita politik semasa yang tidak berat sebelah masa ada berita politik kerajaan mahupun pihak pembangkang yang penting bukan cerita di reka-reka.

Mana-mana wartawan yang ingin menyumbangkan karya-karya mereka sama ada bentuk berita, ikhlan dan rencana mereka boleh mengirim hasil tulisan mereka ke email berikut: sabahinsider14@gmail.com atau laman website sabahinsider14.blogspot.com  telefon 6+088 215168 atau 0146693168

Kata Jun semua berita mahupun rencana atau surat kepada editor kami akan siarkan mengikut kesesuaian berita tersebut yang tidak melanggar itika kewartawanan .

Jun menambah memandangkan buat masa ini Sabah Insider belum mempunyai editor yang tetap pihaknya  telah bekerjasama dan minta bantuan daripada  pihak FST News (Free Sandakan Today.Net) untuk menyunting (edit)  semua berita dan bahan cerita yang datangnya daripda para penyumbang.

Buat masa ini pihak telah melantik seorang jurufoto yang kami pinjam daripada  FST News Apek Ansukoi (gambar) buat sementara waktu saja.

Saya harap rakyat Sabah yang mempunyai idea-idea untuk menyuarakan hal-hal Sabah mengenai tuntutan perjanjian 1963 bolehlah dihantar ke portl ini dan jangan lupa layari portal kami dari masa kesemasa untuk mendapatkan berita-berita panas dan sensasi sejajar dengan slogan HOT SPOT NEWS.





No comments:

Post a Comment