PERDANA MENTERI MALAYSIA HARUS BERLAJAR DARIPADA RAKYAT SCOTLAND.....KATA JIMMY WONG


OLEH: THOMAS SUNGGIOK

KOTA KINABALU:- Pengerusi DAP Sabah Jimmy Wong (gambar)  berkata Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak harus mengambil pelajaran daripada referendum rakyat Scotland untuk berurusan dengan cara  bertamadun  dengan rungutan-rungutan daripada Malaysia Timur.
Perkara sebeginilah yang  Najib patut mencontohi rakan sejawatnya di Britain David Cameron yang demoktratik, dengan mendengar suara daripada Sabah dan Sarawak sebelum menggunakan Akta Hasutan terhadap pihak didakwa pemisah.
Scotland dikejutkan dengan cadangan merdeka melalui referendum bersejarah yang mungkin memecah belahkan United Kingdom.
Walaupun hasilnya cadangan itu ditolak, Wong berkata, inisiatif itu membuktikan pengamalan sistem Westminster sedia ada gagal memahami keperluan pembangunan di Scotland.
“Ia sama seperti amalan di sini di Putrajaya,” katanya dalam kenyataan di media portal


No comments:

Post a Comment