GURU SK KITOBU INANAM SALIWATI CEDERAKAN MURIDNYA BOLEH DIDAKWA DIBAWAH SEKSYEN 203 KANAN KESEKSAAN


OLEH: THOMAS SUNGGIOK

INANAM:- Tindakan seorang guru perempuan yang mengajar  di Sekolah Kebangsaan Kitobu Inanam  dikenali  Silawati  Abdul Aziz (gambar) didakwa telah mencederakan  seorang  murid umur 8 tahun Vincent Alfonskia  kerana gara-gara gagal membuat kerja sekolah (Home Work).


Dalam laporan polis rujukan: Inanam/007526/14 bertarikh 23-09-2014  yang dibuat oleh bapa mangsa Alfonskia nombor mykad 801223-12-5979 bahawa mangsa  cedera dibahagian kelapa dan dihantar ke hospital menerima  3 jahitan.

Alfonskia menyatakan keterangan guru kepada pihak Pegawai Jabatan Pelajaran agak bercanggah dengan  kandungan laporan  polis kononnya guru berkenaan hanya memulas coping telinga mangsa tetapi sebenarnya kepala Vincent dihantuk dimeja.


Pihak Jabatan Pendidikan coba melindungi guru berkenaan daripada di tangkap polis dan jelas pegawai berkenaan telah bersubahat dengan Saliwati untuk mengelakan guru terbabit didakwa di mahkamah.

Krew The Sabah Insider.Net  difahamkan bapa Vincent iaitu Alfonskia rasa tidak puas hati  dengan tindakan Guru tersebut kerana  sewenang-wenangnya mencederakan anaknya sambil dilindungi oleh pegawai Jabatan Pendidilan walaupun perbuatan guru itu persis perbuatan jenayah.

Kemungkinan bapa mangsa akan melantik seorang peguam untuk menyaman guru dan pegawai Jabatan Pendidikan kerana bersubahat melakukan jenayah mencederakan anaknya.

Kes semacam ini tidak harus dipandang ringan kerana ramai lagi guru-guru berperangai macam ini suka-suka mencederakan anak-anak orang kerana  mendapat perlindungan dan pembelaan daripada pihak jabatan pendidikan berkenaan walaupun mereka akan membunuh murid tetap guru-guru berkenaan terlepas daripada undang-undang negara tugas guru paling istimewa  kerana kebal dengan undang-undang.

Kalau kes Vincent  kalau tidak dibawa ke mahkamah  nanti guru-guru lainnya naik taocang suka-suka mahu  mencederakan murid-murid yang mereka tidak suka dilayan macam seekor anjing.




No comments:

Post a Comment