SEJAK BN MEMERINTAH SABAH HABIS TANAH ADAT NCR DICABULI OLEH ORANG-ORANG MALAYA

OLEH: THOMAS SUNGGIOK

RANAU:- Ekoran pencerobohan tanah adat (NCR) di ketiga buah kampung antaranya Kampung Sinurai, Kampung Mayan dan kampung Malinau di bawah ADUN Ranau Kerajaan negeri akan berusaha mencari penyelesaian terbaik bagi menangani isu hak dan pengurusan tanah yang dihadapi penduduk di Kampung Sinurai, Ulu Sugut dekat sini.

Anggota Parlimen Ranau Datuk Dr Ewon Ebin berkata beliau akan menemui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan pihak berkaitan bagi membantu menyelesaikan isu penduduk di kampung itu yang tanah mereka kini dipercayai 'dimiliki' syarikat perladangan dari Semenanjung.

Ewon, yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, berkata penduduk kampung terbabit sepatutnya diberi kembali hak pemilikan tanah di kampung itu.

"Saya sebagai anggota Parlimen Ranau meminta orang kampung bersabar dan kerajaan negeri akan mencari penyelesaian terbaik kepada masalah ini,' katanya.
Sebelum ini, terdapat laporan dalam media sosial bahawa penduduk kampung terbabit menyuarakan aduan terdapat sebuah syarikat perladangan dari Semenanjung memasuki kampung itu dan mengusir mereka dari tanah itu.

Sebuah akhbar tempatan hari ini turut melaporkan lebih 500 penduduk dari beberapa kampung terutama di Kampung Sinurai, Kampung Wayan dan Kampung Malinsau merayu kerajaan menerusi wakil rakyat dan Jabatan Tanah dan Ukur supaya campur tangan menyelesaikan pertikaian pemilikan lebih 400 hektar tanah yang diusahakan penduduk sejak 1960-an.
Seramai 500 penduduk  yang membabitkan tiga buah kampung tersebut perlu mendapat pembelaan sewajarnya jika tidak mereka pastinya akan menjadi pelarian di tempat sendiri.
 Sejak kerajaan Barisan Nasional memerintah di negeri Sabah  sejak dari tahun 1994 sehingga kini orang-orang semenanjung telah melakukan pencabulan hak-hak asasi dan merampas tanah-tanah adat milik orang –orang  kampung  untuk jadikan ladang sawit  besar-besaran.
Yang sedih bila para penduduk enggan berpindah pihak polis telah menyebelahi taukey  berkenaan sehingga sanggup menembak satu persatu penduduk  dan ini menampakan polis di Sabah ini lebih kejam daripada regim Israel kerana mereka suka-suka mahu membunuh para penduduk kampung dengan sewenang-wenangnya tidak man sudah keadilan.

“Saya  selaku taukey punya pemilik baru tanah ini memang akan membayar kepada polis untuk menembak satu persatu penduduk yang enggan berpindah ini adalah keputusan mahkamah kami terpaksa akur  untuk memusnahkan para penduduk yang engkar” Kata Mr Leong







POLIS, RELA, JPAM DIDAKWA ROGOL WANITA BARU HABIS PANTANG (VIDEO


By Admin


SANDAKAN: Polis menahan tiga lelaki, masing-masing anggota polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan RELA kerana disyaki merogol seorang wanita di sebuah hotel, di sini, Isnin lalu.

Suspek berusia 27 hingga 37 tahun itu ditahan di sekitar bandar ini pagi tadi, susulan laporan polis yang dibuat oleh wanita warga asing berkenaan, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, tiga suspek terbabit yang menjalankan rondaan di bandar ini dikatakan menahan wanita berusia 21 tahun itu untuk pemeriksaan.

Bagaimanapun, wanita itu gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri menyebabkan dia dipaksa melakukan hubungan seks dengan suspek sebagai syarat untuk dilepaskan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah, Senior Asisten Komisioner Salehhudin Abdul Rahman, berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.


Mangsa yang berusia 21 tahun dikatakan dipaksa melakukan hubungan seks dengan mereka jika mahu dilepaskan kerana kesalahan tiada dokumen pengenalan diri.

Kejadian berlaku sekitar jam 1 pagi di Sandakan, Isnin minggu lalu.

Suspek berusia 27 hingga 37 tahun ditahan selepas mangsa membuat laporan polis.

Berita di atas apabila dibaca mungkin dianggap satu kes terpencil namun apabila video memaparkan seorang saksi kejadian menceritakan apa sebenarnya berlaku pada hari tersebut menjadi viral ramai orang mula memperkatakan tentangnya.

Rata-rata yang menonton video ini mengutuk perlakuan manusia yang sepatutnya melindungi keselamatan negara ini.

Meski pun yang teraniaya adalah warga asing ia bukan sahaja melanggar undang-udang yang sepatutnya ditegakkan mereka malah perbuatan ini amat kejam kerana mangsa baru dua bulan melahirkan bayi. Sudahlah begitu, telefon bimbit dan wang RM60 wanita malang itu pun dirembat sekali!

Masih ramai yang menggalas tanggung jawab diberikan dengan ikhlas kerana sayangkan negara dan malu untuk mencemarkan uniform yang mereka pakai dengan melakukan perkara tak sepatutnya. - 

TAUKEY ARAH POLIS TEMBAK SATU PERSATU PENDUDUK KAMPUNG YANG ENGGAN BERPINDAH


OLEH: THOMAS SUNGGIOK

RANAU: Nampaknya  Rakyat di Sabah terutama sekali rakyat dan anak jati Sabah khususnya daripada suku kaum Dusun yang tinggal di kampung Malingsau, Kampung Mayan dan Kampung Sinurai dalam DUN Ranau akan kehilangan tempat tinggal untuk selama-lamanya.

Ketiga-tiga kampung tersebut yang dianggarkan mempunyai jumlah penduduk  lebih seribu orang akan menjadi pelarian ditempat sendiri akan merempat dan lebih baik penghidupan Pendatang Asing Tanpa  Izin (PATI) daripada  Filipina kerana mendapat keistimewaan  yang baik daripada anak jati Sabah.

Ekoran rampasan tanah adar (NCR) yang melibatkan tiga buah kampung  berkenaan ini jelas ia satu  penindasan kepada kaum pribumi sendiri yang sudah menduduki tanah tersebut sudah sekian  lama boleh dikatakan sudah 4  jenerasi turun menurun akan lenyap begitu saja.
 
POLIS AKAN TEMBAK..... Kemungkin semua penduduk  diketiga-tiga buah kampung akan jadi nahas korban tembakan polis sekiranya mereka enggan berpindah







Tidak ada pembelaan terhadap mereka yang ditimpa malang itu di lama sudah perginya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasam Ranau tidak kah ada rasa sedih atau belaskan kesihan  terhadap sebangsanya  yang dimana hak-ahak asasi mereka telah dicabuli oleh orang-orang  luar.
  
Di mana lagi mereka ini mahu tinggal sedangkan rumah-rumah  mereka akan dimusnahkan dan yang paling menyedih kan di mana pemilik baru tanah berkenaan sudahpun mengarahkan pihak polis untuk menembak satu persatu penduduk kampung yang enggan berganjak untuk mengosongkan kawasan tanah-tanah mereka.

Oleh karana  polis akan menerima ganjaran atau upah yang  lebih lumayan maka sudah polis akan patuh kepada arahan taukey untuk membunuh satu persatu penduduk yang degil untuk berpindah.

Menurut salah seorang penduduk yang menjadi mangsa keadaan memberitahu bahawa pihak polis tidak ada kompromi  terhadap  mana-mana penduduk kampong dan mereka tertapksa menyelebelahi pihak tuan punya tanah baru atau Taukey sebab ini adalah arahan dari mahkamah dan juga pihak Jabatam tanah dan Ukur untuk mengusir semua penduduk diketiga-tiga kampung.

“Kami akan lakukan apa saja sama ada kami tembak  semua penduduk kampung yang engkar untuk meninggalkan kawasan tanah ini kami tidah peduli kami akan bayar pihak polis walaupun RM10 juta  untuk menghapus satu persatu penduduk kampung akan jadi korban” kata seorang wakil taukay berkenaan.

“Kami tidak takut dengan undang-undang kami boleh beli mahkamah termasuk sekali  Hakim-Hakimnya  termasuk polis  untuk menyebelahi kami  dan kami akan suruh polis musnahkan satu persatu mana-mana penduduk yang coba melawan kami,  akan bunuh mereka” kata wakil Taukey berkenaan.

PENCURI DIBELASAH SEHINGGA MATI DI BUKIT MERTAJAM




BUKIT MERTAJAM,:- Seorang penganggur yang cedera parah dipukul orang ramai kerana mencuri sebuah telefon bimbit milik seorang pemandu lori Jumaat lepas, meninggal dunia di Hospital Bukit Mertajam (HBM) di sini, awal Ahad.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), ACP Rusli Mohd Noor berkata mangsa, Ooi Sim Guan, 38, mati pada pukul 12.40 pagi ini selepas kira-kira 36 jam tidak sedarkan diri dan menerima rawatan di hospital berkenaan.

"Dalam kejadian pada pukul 2 petang Jumaat lepas, mangsa telah menahan sebuah lori di tepi jalan di Taman Sejahtera di sini dan memberitahu pemandu berkenaan dia ingin menumpang ke Bandar Bukit Mertajam.

"Pemandu lori berkenaan yang berusia 33 tahun yang sedang dalam perjalanan ke Kulim kemudian membenarkan mangsa menaiki lorinya namun selepas satu kilometer, mangsa memaklumkan ingin turun," katanya pada sidang akhbar di sini Ahad.


Beliau berkata selepas lelaki itu turun, pemandu lori berkenaan menyedari telefon bimbitnya yang diletakkan dalam tempat penyimpanan barang di bahagian penumpang telah hilang dan dia berpatah balik ke Taman Sejahtera untuk mencari lelaki terbabit.

"Pemandu lori itu menemui lelaki berkenaan di kawasan padang berhampiran rumah kedai dan berlaku pertengkaran antara mereka apabila telefon bimbit yang hilang ditemui bersama mangsa," katanya.

Rusli berkata berlaku pergelutan dan beberapa lelaki yang berada di kawasan itu turut memukul mangsa dan pada masa yang sama seorang individu bertindak merakam kejadian tersebut menerusi telefon bimbit yang kemudiannya memuat naik rakaman itu di laman sosial.

Katanya susulan kejadian itu, polis menahan pemandu lori terbabit di sini bagi membantu siasatan. BERNAMA

TANAH ADAT NCR JADI SASARAN ORANG KAMPUNG JADI MEREMPAT DI TEMPAT SENDIRI....SALINA


OLEH: SAIMON S JUMADI
RANAU:- Rampasan tanah adat (NCR) di ketiga-tiga buah kampung antara Kampung Malinsau, Kg Mayan dan Kampung  Sinurai Ranau adalah dia dianggap sebagai mencabul hak hak  asasi  manusia.

Mereka penduduki tanah tersebut sudah empat jererasi turun- menurun sejak di zaman nenek moyang lagi sehingga menjadi sebuah perkampungan yang sah dan telah digezetkan oleh kerajaan.

Kenapa fenomena rampasan tanah di  Sabah ini  semakin menjadi-jadi macam sudah tiada rasa simpati atau dasar kemanusian begitu mudah mengusir penduduk-penduduk kampung yang sekian lama menduduki  tanah-tanah tersebut.


Ketua Wanita Parti Bersatu Sabah (PBS) Bahagian Tanjung Papat  Puan Salina Titi (gambar) yang meningkuti peristiwa pencabulan hak asasi khususnya rampasan tanah di ketiga-tiga kampung berkenaan memang benar-benar menghayat hati.


“Di mana  kah mereka akan tinggal nanti kalau sekirangnya rumah-rumah mereka dimusnahkan sedangkan mereka adalah anak jati Sabah 100 peratus adalah bangsa Dusun dan Sungai tiada kah orang yang mahu membela nasib malang mereka ini ” katanya.

“Jelas bahawa anak jati sendiri akan menjadi pelarian dan merempat di tempat sendiri kerana mereka sudah tidak ada lagi tempat mereka berteduh dan sudah hilang kampungan halaman  tempat mereka dilahirkan” tegasnya.

Dalam pada itu  mengikut laporan daripada sebuah berita The Sabah Insider News bahawa penceroboh tanah yng dikatakan menjadi pemilik tanah baru  telah mengarahkan kepada Polis untuk menembak satu persatu kepada semua penduduk kampung yang terlibat dengan pengusiran itu sekiranya mereka enggan berpindah untuk mengosongkan tanah tersebut  maka nyawa mereka berada dihujung senjata polis.



Ini jelas memang akan menjadi kenyataan sekiranya para penduduk terbabit enggan berpindah untuk mengosongkan kawasan tanah-tanah tersebut  sudah tentu kita akan menyaksikan bahawa ramai akan mati bergelempangan mayat di sana sini akibat ditembak oleh polis yang telah menerima arahan daripada taukey berkenaan.


Perbuatan kerajaan ini lebih-lebih kejam daripada tindakan rigem  zionis Israel kerana sekejam-kejamnya Isreal mereka tidak pula mengusir kaum bangsanya yang  menduduki  tanah di kawasannya berbanding dengan rakyat di negara ini khususnya di Sabah amnya di Ranau di mana penduduk asal  anak jati Sabah akan kehilangan   semuanya oleh perbuatan  orang-orang yang hanya mementingkan dirinya tanpa ada rasa belas kesihan semata-mata mengikut telunjuk orng Malaya.







Kes Pengambilan Tanah Adat (NCR)


Copyright from Suara Sabah


KEMASKINI : Kes Pengambilan Tanah Adat (NCR) di Kg. Malinsau, Kg. Wayan & Kg. Sinurai, Ranau
Berikut adalah Kenyataan di Laman Sosial oleh Ruth Allez yang kini dikongsi lebih 700 kali di Laman Sosial Facebook. 
PERINGATAN : Semua maklumat yang dikongsikan di sini adalah sebagai perkongsian sahaja. Pihak kami tidak pernah menyatakan ia adalah  BENAR Melainkan selepas Pihak yang berkenaan Tampil memberikan Penjelasan.
Tanah di Kg Sinurai
Kes Pengambilan Tanah Adat (NCR) di Kg. Malinsau, Kg. Wayan & Kg. Sinurai, Ranau (MAWASI) oleh mantan YB ERA 70-an yang kemudiaannya geran tanah tersebut dijual oleh anaknya kepada syarikat Worthy Palms Sdn Bhd (dari Selangor). Bagi saya yg terlibat secara langsung dalam hal ini, bukan salah sepenuhnya oleh pihak syarikat (atau sekarang isu sedang dimainkan ialah Malaya-kebetulan syarikat yang beli dari Malaya) tetapi dari orang sendiri / Pemimpin Sendiri / YB sendiri!… dengan “bantuan” Jabatan Tanah dan Ukur.
Apa yang berlaku sangat mengecewakan kami. Banyak kata simpati dan sokongan yang kami terima. Kami juga berterima kasih kerana byk pihak (NGO terutama PACOS dan SSPR) jg tampil menyumbang idea malah tenaga dalam perjuangan kami. Sekarang ini kami sdg berjuang melalui undang2 dan pada masa yg sama kami mengharap simpati dari pihak kerajan. Berharap agar RAKYAT DIDAHULUKAN.
Melalui mahkamah, kami cuba utk mengetepikan possession order yg diperolehi oleh syarikat dengan mudahnya. Pihak kg tidak pernah menerima sebarang surat panggilan perbicaraan.SALAH SIAPA KAMI TIDAK TAHU. Kami kalah malah permohonan interim stay kami ditolak.
Ringkasan KEPUTUSAN Hakim:
1. Kalau Geran tanah sudah keluar, Tanah Adat (NCR) tidak boleh wujud lagi;
2. Kalau tidak puas hati, SAMAN Kerajaan; dan
3. Kos RM3 ribu / Permohonan (RM6 ribu untuk 2 permohonan)
Sekarang kami sedang membuat rayuan dan menurut peguam kami keputusan dijangka keluar pada bulan Oktober. Surat rayuan kami kpd kerajaan kami htr kpd CM, Wakil2 Rakyat kami, Pengarah Tanah dan Ukur Sabah, Pemungut Hasil Tanah Ranau dan banyak Jabatan yg terlibat. Pd 2 Julai 2014 Pengarah telah meluluskan permohonan kami utk jumpa beliau. Perbualan adalah seperti berikut:
Dlm bilik mesyuarat, T. Pengarah bersama 2 pegawai dan sedang memegang dokumen yang kami htr.
T. Pengarah: ini tanah sudah lulus lama sudah. sejak dari beluran lagi.
KamiMcm mna plak? Ada sesuatu yg tdk kena bah pengeluaran geran ini. Byk bantahan kami sda buat. 1998 RSP sudah kena batal. Pihak Jab Tanah tdk ambil peduli bantahan kamikah?…….
T. P: Ko fikir kami tidak buat kerjakah? bukan kena batal tapi kawasan tanah org kg perlu dikeluarkan terlebih dahulu (dgn muka dan nada marah)
Kami: Jadi kenapa tanah kami tidak dikeluarkan? kenapa bila juruukur comp dtg menyukat, rmh, jalanraya, kolam dan kebun kami semua masuk? Tiada on the ground pengukurankah?
T.P: Rasanya ada masalah dlm pengukuran. kena tunggu pengarah lah (kemudian call pengarah tdk lama kemudian pengarah masuk)
Pengarah: apa masalah
Kami: Ulang lagi dari A to Z.
Pengarah: Mana fail (barulah pegawai ambil fail). Cuba baca laporan pengukuran.
Pegawai : Tanah sudah diusahakan dengan tanaman seperti getah, buah-buahan dan padi. Malah banyak kawasan merupakan bekas penanaman padi
Pengarah: Siapa yg Tanam? (pegawai diam, kami pun angkat tangan). takkan itu company dtg jauh2 tanam padi. mcm mna kamu ni? Siapa sign?
Pegawai: …. (nama pegawai di Jab Tanah Ranau).
Pengarah: Buduh. Nanti sya suruh org sya buat pemeriksaan.
Kami: buat apa periksa lagi. dlm fail ada 2 laporan pemeriksaan tdk cukupkah?
Pengarah: biar kami buat kerja kami. kamu percaya jak kerajaan.
Kami: selama ni kami percaya tp tengok apa jadi
Pengarah: tidak2.. sa suruh org sa masuk. jgn kamu halang. nanti lepas periksa tengok mcm mna
Kami: jadi kamu akan revoke tu geran?
Pengarah: Tengoklah mcm mna
The end
Melalui undang2 mahupun rayuan kami tdk akan putus asa. Setinggi mana pun mahkamah, kami akan pergi. Mahkamah tertinggi adalah milik sang pencipta. Kami tidak akan sesekali berundur dari perjuangan ini. Bukan setakat maruah kami yg mereka ambil malah nyawa penduduk kg krn tanah adl nyawa mereka. Hanya satu kata Perjuangan, LAWAN!.Galus Ahtoi
23.09.14 para pegawai dr Jab Tanah tiba di kg Malinsau untuk buat pemeriksaan. 24.09.14 pihak company masuk dengan 2 bas, 6 buah kereta, 1 jentolak. Sekarang ini, Syarikat masih di kg dan sgt rakus utk memusnahkan ladang getah milik penduduk Sinurai. Penduduk masih berusaha menghalang tanaman mereka dimusnahkan. Bantuan segera yg sangat kami perlukan sekarang adalah supaya Syarikat jgn dulu masuk kawasan ini. Untuk seterusnya kami minta agar geran ini dipindahkan.
Bantulah kami MP Ewon Ebin Ranau Joachim Gunsalam Masidi Manjun Datuk Faimin Kamin dan doakan agar kami menang perjuangan ini.

Policeman, Rela, and JPAM personnel held for rape


BY ROY GOH - 25 SEPTEMBER 2014 @ 2:56 PM

SANDAKAN: A policeman and two others, a Rela and Civil Defence department personnel, were held after a woman claimed she was raped at a hotel here.
The three men aged between 27 and 37 were held after the 21-year-old foreigner lodged a police report at the station here two days ago.
State Criminal Investigations Department chief Senior Asst Commissioner Salehhudin today confirmed the report and the arrests of the three suspects.
He added investigations are continuing into the case and that the suspects will be detained further.
According to the report, the woman claimed she was apprehended by the three men after failing to produce any identity documents on Monday.
They then took turns raping her at a hotel in the town area. Two days later the woman, a foreigner, lodged a police report here.


TANAH ADAT JADI SASARAN PENCABULAN HAK ASASI MANUSIA


OLEH: SAIMON S JUMADI
FOTO FRANCIS LEE

KOTA KINABALU:- Ekoran  syarikat-syarikat gergasi dari Semenanjung yang terlalu berminat untuk menerokai tanah-tanah di negeri Sabah yang didalangi oleh orang-orang Sabah sendiri sebab mahu mencari keuntungan akhirnya para penduduk tempatan anak jati Sabah seperti suku Kadazan-Dusun,Murut dan bangsa Sungai jadi merempat ditempat sendiri.
 
Lebih kurang 90  peratus kebanyakannya  tanah-tanah yang dimiliki oleh orang-orang kampung  khususnya di kawasan pedalaman mungkin yang mempunyai geran tanah yang berstatuskan NT tidak sampai 40 peratus dan selebihnya mereka hanya memiliki surat daripada Pegawai-Pegawai Daerah berkenaan yang mengesahkan bahawa tanah-tanah itu milik mereka tetapi dibawah kawal selia sebagai Tanah Adat atau NCR.

Menduduki  di kawasan tanah-tanah adat bukan jangka waktu yang pendek mereka  telah lama tinggal di kawasan tanah tersebut sejak empat generasi lagi.

Sejak dari hutan belukar  sehingga menjadi ladang sawit dan telah wujudnya beberapa buah kampung yang berdaftar dan mempunyai Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK ini menandakan kampung itu rasmi sebab telah digezetkan atau telah diwartahkan dibawah pejabat Daerah cuma tidak mempunyai geran.

Disebabkan tanah-tanah adat tadi tidak mempunyai geran yang dikeluarkan oleh Pejabat Tanah dan Ukur maka kedudukan tanah tersebut tidak beberapa kukuh  berbanding tanah walaupun sekangkang kera kalau mempunyai geran yan sah tidak mudah dikotak katikan oleh sesiapa.

Sejak kebelakangan ini di Sabahlah paling banyak kes-kes tanah adat jadi sasaran dan punca utama pencabulan hak asasi manusia kerana mereka telah menceroboh tanah-tanah adat yang sekian lama diduduki sehingga mempunyai jumlah penduduk kampung yang teramai.

Apabila  ada orang-orang negeri sendiri yang mahu  jadi cepat  kaya bergelar jutawan mereka langsung tidak memikirkan apa kah risikonya yang akan datang menimpa kepada orang ramai sekiranya kampung mereka dimusnahkan begitu saja.

Orang-orang dari Sabah tadi coba memohon tanah adat  dan mungkin mereka juga  tinggal didalam kampung berkenaan  konon-kononnya memohon tanah atas nama kampung itu kerana sipemohon tadi mengutip tandatangan semua penduduk berkenaan.


Setelah permohonan mereka diluluskan  melalui pelbagai proses penduduk-penduduk kampung yang  sama-sama terlibat memohon tadi mereka telah diperdayakan oleh ketua pemohonan tanah  dengan alasan permohonan tanah itu tidak dapat diproses terdapat beberapa sebab sebenarnya tanah tersebut sudahpun diluluskan oleh kerajaan dan mempunyai geran NT. 

Macam mana mahu membangunkan kawasan tanah tersebut sebagai contohnya Kampung Pinangkau geran sudah ada didalam tangan tetapi untuk memajukan kampung ini tiada modal senang saja lantik seorang jadi broker untuk mencari siapa mahu beli atau membangungkan tanah tersebut.

Mungkin rezeki  memang mahu datang dapatlah seorang taukey dari Semenanjung atau Sarawak mereka berbincang sebab kalau tanah itu berstatuskan Native Title (NT) memang susah hendak dijual kepada bukan Bumiputera mahu tidak mahu joint venture dengan taukey tersebut atas dasar 60 dan 40 pemaju dapat 60 persent sebab mereka yang membangunkan sementara pemilik tanah mendapat 40 peratus.

Setelah mereka menandatangani  surat perjanjian antara satu sama lain sipemilik tanah tadi sudahpun menerima ganjaran RM1 juta mereka terus keluar dan meninggalkan kampung berkenaan kerana kedudukan kampung itu sudah tidak selamat untuk diduduki bila-bila saja Hitachi akan merobohkan rumah-rumah termasuk segala tamanan.
  
Fenomena sebegini memang sering berlaku ini  ekoran tindakan orang-orang kampung sendiri kerana ketamakan harta benda dunia mereka sanggup menggadaikan kampung halaman mereka tempat tumpa darah kelahiran mereka sudah 4 generasi hancur musnah begitu saja akhirnya lain-lain penduduk mungkin ada sanak saudara jadi merempat ditempat sendiri.

Kalau tiada orang dalam mustahil perkara sebegini boleh berlaku coba anda jalan ke Kinibatangan atau jalan Sukau kita pastinya terlihat satu papan tanda yang tertulis Genting Plantation ladang sawit tersebut adalah kepunyaan  taukey Genting Highland mendiang Tan Seri Lim Goh Tong bagaimana dia boleh dapat tanah di Sukau.



MPWK AKAN ADAKAN MESYUARAT AJKNYA BAGI KALI KE 2......NORAINI SULONG


OLEH: AZMI AZMAN

SANDAKAN:- Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK) bagi kawasan Parlimen P186 Sandakan akan mengadakan Mesyuarat AJKnya bagi kali kedua yang akan diadakan di Pejabat UMNO Bahagian Sandakan pada 27hb September 2014  jam 2.30.petang ini.

Pengerusi MPWK Sandakan yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Sandakan Noraini Sulong (Gambar) berkata tujuan Mesyuarat tersebut adalah untuk membincangkan beberapa perkara khususnya yang ada kaitan dengan pembangunan hal ehwal wanitan di Sandakan ini.

“Saya memohon jasa baik semua Ketua-Ketua Wanita daripada parti-parti komponen BN PBS,PBRS,UPKO, Gerakan, LDP, MIC MCA dan badan-badan NGO  kawasan Sandakan adalah dijemput hadir kemesyuarat tersebut.


“Dengan kehadiran semua ketua-Ketua Wanita daripada parti-parti komponen BN termasuk badan NGO maka kita dapat sama-sama memberikan sumbangan daripada segi buah fikiran untuk melaksanakan pelbagai program khususnya yang berkaitan kemajuan wanita dalam pelbagai sudut” ujar Noraini.

PEMILIK TANAH ARAH POLIS TEMBAK SAMPAI MATI MANA-MANA PENDUDUK YANG ENGKAR BERPINDAH


OLEH: THOMAS SUNGGIOK

RANAU:-  Di Sabah sejak dari dulu lagi  kes tanah adah (NCR) yang membabitkan kawasan luar bandar (pedalaman)  tiada kesudahannya pencabulan demi pencabulan  hak asasi manusia sudah tiada ada komprominya atau bertimbang rasa semakin menjadi-jadi.

Tanah adat sejak di zaman British lagi boleh dikatakan sejak 4 generasi keturunan daripada hutan rimba belukar sehingga jadi perkebunan getah, kebun buah-buah hingga penaman kelapa sawit tidak dikeluarkan geran yang berstatus NT.

Seribu asalan kononnya tanah adat ini adalah atas daya  inisiatif dan budibicara Pegawai Daerah hanya memberi sekeping surat terhadap mana-mana penduduk yang sudah mendiami tanah-tanah tersebut.
Persoalannya kenapa wakil-wakil rakyat sejak di zaman pemerihantan USNO, BERJAYA dan PBS sehingga ke pemerintahan BN hari ini tiadapun salah seorang wakil rakyat yang mahu membela atau mempertahankan tanah adat ini yang merupakan tanah warisan untuk diatur bagi  pengeluaran geran berstatus NT. 

ATAS ARAHAN PEMILIK TANAH.....Polis bersiap sedia untuk menembak sampai mati mana-mana penduduk yan degil untuk berpindah .


Ekoran ketiadaan keprihatinan  wakil-wakail rakyat itu untuk menguruskan  mendapatkan  geran kepada pemilik-pemilik tanah tersebut  maka kedudukan tanah tersebut dianggap sebagai tanah reserb atau tanah simpanan kerajaan dan sesiapa saja boleh memohon tanah-tanah tersebut baik orang luar dari Semenanjung  mahupun rakyat tempatan sendiri.

Yang paling menyedihkan dan nasib malang yang telah menimpa para pemilik tanah yang sekian lama menduduk-duduki tanah-tanah tersebut sehingga menjadi satu kawasan kampung  yang berdaftar yang mempunyai bilangan penduduk lebih 100 orang 100 peratus penduduknya adalah rakyat tempatan anak jati Sabah bukan bumiputera fotostat yang terdiri daripada suku Murut, Kadazan-Dusun dan bangsa Sungai sering menjadi  sasaran kerana tanah mereka sering dicabuli dan diramnpasan oleh orang-orang yang rakus harta dunia.

Sering menjadi persoalannya ekoran tanah-tanah mereka dirampas bukan saja tanaman kelapa sawit mereka tebang dan rumah-rumah mereka dibakar penduduk menjadi kelam kabut habis harta yang dikumpul sekian lama bertahun-tahun dengan sekelip mata dibakar, bukan saja  rumah-rumah penduduk kampung yang terlibat di bakar bahkan kereta-kereta mereka di bakar walaupun mereka masih menanggung hutang mereka  langsung tak ambil kisah yang penting mereka harus keluar dari kampung berkenaan.
  
Ini jelas kaum Isreal dikatakan kejam sehingga mendapat kutukan tetapi kita tidak pernah dengar bangsa Israel membunuh kaumnya melainkan membunuh orang lain seperti Hamas dan Plastin berbanding dengan para pegawai kerajaan yang ada sekarang sanggup menganiaya bangsanya sendiri kerana sogokan wang ringgit dan kuasa dan pangkat hingga lupa asal usul keterunan bangsa dan agama.
Kita lihat pada hari ini dimasa satu peristiwa yang benar-benar menghayati bila-bila mana sebuah syarikat gergasi dari Semenanjung yang didalangi oleh orang Sabah sendiri telah meradu semua rumah tanaman dimunahkan  dan jika mereka engkat untuk mengosongkan rumah-rumah mereka di Ranau  pihak berkuasa akan memanggil polis atau tentera untuk menembak satu persatu orang-orang kampung yang keras kepala.

Kerajaan tidak akan ambil kisah sangat kalau tentera atau polis yang membunuh sebanyak mana ramainya manusia yang enggan berpindah sebab ini adalah urusan kerajaan sebab bagi mereka nyawa penduduk-penduduk kampung yang terdiri daripada rakyat jati tempatan Sabah  tiada nilainya berbanding nyawa orang semenjung yang disujut seperti menyebah Tuhan atau nabi.

Sebagai kesimpulannya dalam laporan aktiviti tahunan SUHAKAM bagi tahun  2013 kes tanah adat (NCR) di seluruh Sabah  yang dilaporkan sudahpun di bawa ke pihak pengadilan tetapi belum ada keputusan sudah mencecah 94 kes

Menurut orang-orang kampung yang menjadi mangsa pengusiran  tuan punya tanah (Penceroboh Tanah)  sudahpun mengarahkan  polis sekiranya penduduk-penduduk kampung enggan berganjak untuk mengosongkan tanah tersebut polis tiada pilihan lain melainkan menembak satu persatu semua penduduk kampung yang engkar ini atas arahan pemilik tanah yang sanggup membayar nyawa penduduk kampung terbabit sejumlah RM10. Juta kepada pihak polis sekiranya mereka menambak.






GARA-GARA PERINTAH BERKURUNG PENJUAL IKAN MENAIKAN HARGA IKAN MELAMBUNG TINGGI




OLEH: SHAIMON S JUMADI &
AZMI AZMAN

SANDAKAN:- Perintah berkurung yang dikenakan oleh pihak ESSCOM bermula dari jam 6.00 petang hingga ke 6.00 pagi di perairan dari Kudat hingga ke Tawau bukan satu alasan sukar untuk menangkap  ikan di laut.

Pihak ESSCOM telah memberi ruang kepada para nelayan   sejauh 50 batu nautika dari darat hingga kepermukaan dasar laut untuk mereka menangkap ikan keluasan yang telah diberikan itu bukan kawasan kecil.

Ketua Wanita  Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) Puang Saleena Titi (gambar) berkata demikian kepada   The Sabah Insider News   malam tadi ketika mengulas satu berita yang tersiar diportal FST News pada 12 September lalu bertajuk “ Perintah Berkurung Telah Dijadikan Satu Alasan Untuk Menaikan Harga Ikan Melambung Tinggi”
 
Dalam konteks ini kata Saleena mengenai perintah berkurung para nelayan tidak timbul sebarang masalah mereka seperti hari-hari biasa pergi kelaut untuk menangkap ikan sedikitpun tidak menjejaskan kegiatan mereka,  dan bekalan ikan mencukupi di pasaran. 

“Tetapi yang amat mengecewakan ialah sikap sesetangah penjual ikan di pasar  bukan saja di Pasar Umum Sandakan bahkan wabak ini telah melarat dan merebak di beberapa pasar-pasar umum di daerah-daerah lainnya.” Katanya.

“Ini jelas segelintir perjual ikan memberikan alasan disebabkan  perintah berkurung yang dijalankan sekarang ini adalah  penyebab utama bekalan ikan agak berkurangan maka para penjual ikan menaikan harga ikan melambung tinggi  ini satu alasan yang tidak munasabah sengaja mahu mencari kesempatan dan mencari keuntungan yang tidak berpatutan itu.

Dan perkara ini tidak harus dibiarkan berterusan  berlaku kerana menysusahkan kepada pengguna  dan saya mewakili masyarakat setempat meminta kerjasama sepenuhnya kepada pihak Kementerian Perdagangan  Dalam  Negeri  Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) supaya membuat serbuan mengejut di mana-mana pasar umum untuk mempastikan ujudnya fenomena songsang ini” tegas Saleena.





BENGKEL GST KDRM BERI PENJELASAN KEPADA PEMBORONG BERAS BUMIPUTERA.....NAIMAH

OLEH: SAIMON S JUMADI
FOTO: APEK UNSUKOI

SANDAKAN:-  Ketua Pengarah  Kawal Selia Padi dan Besar Negara  Datuk  Naimah Ramli berkata  keperluan pemborong memahami kesan pelaksanaan GST terhadap pemborong beras walaupun beras tidak dikenakan GST tetapi lain-lain kos seperti plastik, pengangkutan utility ia juga akan terkesan dengan pelaksanaan GST nanti.

Katanya lagi kos-kos seumpama ini perlu diambil kira didalam perancangan perniagaan di dalam pengiraan  kos perniagaan yang dijalankan.

Naimah berkata demikian semasa berucap dimajlis perasmian Bengkel Penerangan GST E Lesen Kawal Selia Padi dan Beras Negara anjuran bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) BARIM, BERNAS  dan MOA yang diadakan di Ballroom Sabah Hotel pagi tadi.

“Adalah diharap kesan daripada kos-kos yang disebutkan itu para peniaga tidak akan menaikan harga beras  secara mendadak ini akan membebankan para pengguna” katanya.

Katanya lagi  program yang diadakan  ini juga disengajakan  di adakan di Sabah Demi utuk memberi peluang  bagi  pemborong-pemborong  di  Semenanjung  dan di Sabah untuk bertemu dan berinteraksi  antara satu sama lain serta mengeratkan hubungan silaturahim  antara pemborong-pemborong berkenaan.

“Kita tidak menafikan di zaman teknologi  yang serba  moden ini hubungan boleh dilaksanakan melalui pelbagai perisian media sosial seperti whatapps, wichat, FB dan lain2 lagi tetapi munafaat berjumpa secara bersemuka adalah lebih afdal jika dilakukan” Ujarnya

Sehubungan itu  tambah Naimah   dengan pembangunan teknologi, Kawal Selia juga telah melaksanakan Sistem E Lesen di mana ia bertujuan utuk mempermudahkan proses permohonan atau pembaharuan Lesen  kepada pemohonan terbabit inilah  salah satu objektif dan tujuan seminar diadakan  untuk memberikan penerangan  lebih terperinci kepada para peserta mengenai proses untuk mendapatkan  E lesen.


Beliau  berkata  program seperti ini juga  bertujuan memberi peluang kepada para pemborong untuk bersemuka dengan pihak-pihak  berwajib seperti Kawal Selia dengan para  pemborong beras dengan erti kata lain  juga dapat mengeratkan hubungan di antara pemborong dan pihak  kawal selia.

“Dalam konteks ini saya menyedari isu terkini yang pasti sering bermain difikiran  anda terutamanya ialah isu pemotongan kuota yang telah berlaku masa kini  dan kes ini Presiden BARIM telah menghubungi saya mengenai masalah dan ianya perlu diperhalusi dan kami terpaksa mengambil  sedikit waktu untuk mengkaji dan mengatasi perkara ini” tambahnya.

“Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada BERNAS  sebagai penaja utama program ini dan tak lupa juga kepada Dermawati Dato Hj Andi Yakin  dari Syarikat Pohon Emas yang bertindakan sebagai tuan rumah bagi  menjayakan program ini sehingga berjalan dengan lancar” kata Naimah.

Benkel yang bermula dari jam 9.00 pagi hingga jam 4.00 petang telah dihadiri lebih 100 dan 80 peratus  mereka adalah terdiri daripada pemborong beras.



EKORAN SEKS RAMBANG TANPA HADNYA RAMAI WANITA REMAJA JADI ROSAK......KATA SALEENA


OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:- Ketua Wanita Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) Bahagian Tanjung Papat Puan Saleena  Az (gambar) menasihatkan kaum wanita terutama sekali remaja agar pandai menjaga diri dan akhlak yang mulia.

Sebagai seorang wanita seharusnya mempunyai nilai-nilai murni dan punyai  jati diri yang jitu sebab wanita pada hari ini sudah setanding dengan kaum lelaki dalam pelbagai aspek.

Saleena berkata demikian  kepada media ketika diminta mengulas satu kenyataan media yang bertajuk “  Dalam Tempoh Suku Tahun 2014  Pembuangan Bayi Sudah Mencecah 26 Kes” seperti yang tersiar diportal The Sabah Insider News pada 24 September 2014.

Kata Saleen lagi  perbuatan ini amat dikesali kerana melibatkan para remaja perempuan yang terdiri daripada masyarakat Islam yang terlalu cenderong melakukan perbuatan terkutuk itu.

“Memang gejala masksiat di mana-mana saja memang berlaku fenomena ini memang sukar dibendung selagi seseorang itu cetek dalam ilmu pengetahuan agama Islam maka mereka mudah didorong oleh hasutan iblis untuk melakukan maksiat seperti berzina dengan bebas dengan pasangan masing-masing walaupun mereka belum lagi menjadi suami isteri.
 ujarnya.

Selaku Ketua Wanita PBS Saleena meminta Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Malysia (JAKIM) agar sentiasa membuat serbuan di mana-mana saja rumah penginapan, hotel-hotel tak kira hotel bertaraf 1 hingga 5 bintang harus di serbu kerana tempat-tempat inilah  ramai remaja melakukan maksiat selain di taman-taman peranginan.


Katanya ekoran seks rambang dengan kekasih masing-masing yang belum mughrim tanpa hadnya maka ramai remaja perempuan jadi rosak ramai yang mengandung kemudian bila melahiran anak, anak tadi yang tidak berdosa dibuang begitu saja di mana-mana tanpa ada rasa  belasan kesihan sedangkan binatang yang tidak punya akal namun mempunyai rasa kasih sayang kepada anak-anak mereka.